Pahang terlalu pawer... rampas teraju liga dengan aksi rilek dan bersahaja...

No comments
SELASA, 5 MEI 2015, KUANTAN :

Pasukan Pahang berhasil melakar sejarah comeback paling menakjubkan dalam sejarah bolosepok moden.

Comeback semusim, iaitu sejenis kebangkitan dari lantai terbawah liga, mengejar sampai naik ke tangga teratas liga sememangnya dianggap comeback yang paling king sekali. Tak ada comeback yang lebih pawer daripada itu.

Ramai pemerhati sukan bolasepak selama ini menganggap Comeback semusim hanyalah sekadar mitos, tapi Pahang tanpa segan silu telah membuktikan telahan mereka semua salah. Comeback semusim memang mampu direalisasikan ke alam nyata seandainya sesebuah pasukan itu mengamalkan sikap tenang, sabar, tidak gelojoh nak jadi champion segera dan pelan-pelan kayuh.

[caption id="attachment_747" align="alignnone" width="250"]Screenshot_1 terlalu awal sangat Pahang rampas kedudukan puncak liga dengan cara comeback. Dengan kedudukan terkini yang dah takde siapa lagi yang nak dikejar, Pahang pun dah tak tahu apa lagi yang nak di-comeback-kan lepas ni..[/caption]

Walau bagaimanapun, kejayaan bersejarah Pahang itu tak diraih dengan mudah. Pasukan Perak yang menjadi lawan dalam perlawanan tersebut telah memberi tentangan sengit sepanjang 93 minit waktu perlawanan. Kedua-dua buah pasukan yang mempunyai reputasi tinggi dalam bidang mengepung penyokong JDT dari luar stadium itu saling berbalas serangan sejak wisel mula ditiupkan.

Kehandalan Pahang terpamer jelas bila mereka tak mudah menyengkang pemain lawan dalam kotak penalti sendiri. Tak seperti pasukan Perak yang masih lemah dalam aspek tersebut sehingga pada minit ke-70 pemain mereka tertendang kaki Nwakaeme dan sekaligus memaksa pengadil memberi tendangan penalti yang disempurnakan oleh Mathias Conti.

Biarpun Perak cuba bangkit dan mengatur asakan bertali arus, namun pemain Pahang kental bertahan tanpa sekali pun menendang kaki pemain perak dalam kotak penalti sendiri sehingga ke wisel penamat.

 

[caption id="attachment_746" align="alignnone" width="300"]DSC_2013 Conti tenang memasukkan bolo ke dalam gawang sambil diperhatikan oleh pemain Perak dengan muka sedut serta mata terbeliak... dan diperhatikan jauh dihujung sana, pemain import perak yg berwajah sugul putus harapan.. mungkin dia dah serik lawan dengan pahang[/caption]

 

[caption id="attachment_749" align="alignnone" width="281"]pahang perak nampok dak kiper buat muka jebot...itulah akibatnya kalau lawan dengan Pahang.. heh heh heh pinjam gambo dari gawang.my ... nanti pulang balik...[/caption]

 

No comments :

Post a Comment