Bangkok Glass Buat Mata JDT Berkaca

No comments
Screenshot_1

 

Cabaran yang digalas JDT dalam perlawanan kelayakkan AFC Champions league hancur berkecai serupa kaca terhempas apabila gol mereka dipenetrasi sebanyak 3 kali di tangan pasukan arnab tua dari Siam.


Walaupun terdapat keraguan di pihak para penyokong yang mengatakan pasukan mereka sengaja buat-buat kalah apabila sekadar menurunkan barisan pemain bertaraf KY Jelly. Tetapi sebagai pasukan yang ditunjangi tenaga muda, 3 kali dipenetrasi arnab tua tanpa cubaan melawan mula membangkitkan sentimen Johore logic bahawa Bangkok Glass FC adalah anak emas FAM. Dan kemenangan itu cumalah menang nasib.


Malu rasanya nak bercerita kisah harimau mengaum nampak taring terpaksa akur disingkirkan kelab arnab jongang. Dah la Bangkok Glass tu cuma kelab bolosepok atas subsidi kilang berbanding dengan status JDT sebagai sumber inspirasi pembangunan bolosepok seluruh Asia.


Dengan keputusan tersingkir dari kejohanan ACL ini, JDT  akan bersaing dalam Piala AFC yang kononnya difikirkan lebih mudah dan realistik. Padahal rata-rata pemerhati bolosepak memandang Piala AFC lagi susah nak menang sebab ada Pahang.

No comments :

Post a Comment