Bolosepok Ialah Tentang Bolo Dan Sepok, Bukan Untuk Saling Nasihat-Menasihati.
Sebab tiada siaran langsung jadi koi tak boleh ulas perlawanan Pahang lawan Serawak seperti yang diharapkan oleh jutaan pembaca.
Ye betul, koi boleh je reka sendiri kejadian yang berlaku atas padang tu sebab koi yakin fan Tok Gajah lain pun bukan tengok juga. Tapi koi jaga profesionalisma koi sebagai penasihat dalam majalah online Bolosepok ni.
Malahan, koi pernah juga sekali usulkan nok uboh tarikh posting supaya dicepatkan 3 hari lebih awal tapi permohonan koi ditolok pihak tertinggi kerani Bolosepok. Tapi koi tak la sampai ke tahap meletak jawatan pulok. Nanti nampok sangat koi sendiri yang tak profesional.
Sebagai penasihat di majalah online Bolosepok juga, koi kena fokus untuk menjalankan tugas koi iaitu memberi nasihat-nasihat yang padu. Kalau setakat jawatan je nama penasihat, tapi takde pernoh bagi nasihat sepatoh haram pun baik tak payoh. Tu serupa makan gaji buta je.
Profesional , OK. Profesional.
Sebagai penasihat, koi cuba nasihatkan FAM supaya tamboh lagi kuota pasukan dalam Liga Super. Sekurang-kurangnya 20 pasukan. Kita perlukan lebih banyok persaing untuk buat liga kita makin kompetitif. Bior makin ramai player boleh cari makan dengan kerjaya bolosepok dari segi ekonominya kita kata membuka peluang pekerjaan. Dan dari segi psikologinya kita nok mental pemain kita sentiasa bersedia bermain dengan jadual padat macam pasukan liga profesional luar negara.
Selain tu juga koi nok nasihatkan supaya perlawanan Liga Super tu janganlah semua jadualnya serentak. Bior perlawanan tu ada hari Jumaat 2 perlawanan, Sabtu 2 dua perlawanan, Ahad 2 perlawanan. Barulah taste kita gaya Eropah. Dan hari-hari weekend kita boleh menonton banyok game kat TV. Dan kita sentiasa bersembang bolosepok pelbagai topik. Gitulah caranya kita menjadikan bolosepok sebagai satu budaya rakyat Malaysia.
Berbalik kepada perseteruan atas padang. Kejutan terbesor minggu ni ialah kejayaan PDRM merobek jantung The Red Warriors di Kota Bharu 4-0. Sampai hari ni koi tengoh tunggu TRW menyalohkan keadaan padang yang tak molek sebagai alasan.
Perak gagal kekalkan rentak kemenangan bila diikat singa dua belas. Andik terus cemerlang walaupun bek Selangor main entah apa-apa. Terengganu nampak serius dan Felda juga patut diberi perhatian musim ini.
Pahang pulok masih power macam biasa walaupun lambat panas. Skuad ini cuma jaringkan 1 gol saja dalam 3 perlawanan. Katanya banyok juga peluang terbuka untuk jaringkan gol. Tapi 4-5 kali masa nok rembat masuk bolo ke dalam gol, ada nampok player lawan terguling menahan kesakitan. Player Pahang pun rembat bolo keluor. Malas la sepak masuk gol. Sebab sportmanship. Semangat kesukanan kita memang tinggi. Buat apa rembat masuk gol secara dayus gitu iye dak.. Biorlah seri 0-0 takpe. Asalkan jaringan kita bermaruah.
Koi cuba cari alasan mengapa skuad Zainal tak boleh jaringkan gol. Tapi koi tak nampok skuad Zainal. Rata-ratanya skuad ni adalah skuad Dollah Salleh dulu. Serupa situasi Alex Ferguson dgn Moyes.
Apa jadi pada Moyes bila cuma bawok sorang player rambut kembang je masa perpindahan pemain? Ye betul. Sebab takde pembaharuan ketara itu empayar Man Utd nyaris roboh sekelip mata. Pahang kena bertahan sampai pintu perpindahan akan datang ni dan lakukan perubahan besor kalau nok terus kekalkan empayar bolosepok kita.
Pawer nok mampos..
No comments :
Post a Comment