Bolosepok tanpa bakat adalah pincang.... Bakat tanpa pendedahan adalah pembaziran..

No comments
Apa itu bakat? Persoalan yang bunyinya mudoh difahami tapi susoh diperjelaskan. Apatah lagi kalau ditafsirkan dalam lingkungan filosofis.

Kebanyakkan dari kita mengkagumi bakat-bakat yang dipamerkan oleh tokoh-tokoh besor dalam pelbagai bidang. Sama ada dalam bidang penulisan, bidang sukan, bidang nyanyian, bidang lukisan dan pelbagei bidang lagi.

Sesetengah orang berpendapat setiap manusia itu semuanya memiliki bakatnya masing-masing. Beruntunglah orang-orang yg menyedari bakat mereka. Tapi pernahkah kita bayangkan kalau mereka tak menjumpai bakat yang terpendam dalam diri dia sendiri. Cuba bayangkan kalau Siti Nurhaliza tak sedor bakat dia menyanyi. Maknanya sejak kecik dia cuma tekun belajor selok-belok memasok dalam bidang kulinari je. Dah tentu berlaku pebaziran dekat situ. Macam mana pulok kalau Gabriel Garcia Marquez tak sedor kebolehannya menulis sastera dan dia cuma menceburi bidang kartel dadah Colombia, kan itu namanya pembaziran?

Oleh kerana ini portal bolosepok, maka lebih baik kita sembang pasei topik berkait saja. Ada berberapa jenis pemain bolosepok dalam dunia. Satu dari jenis pemain berbakat semulajadi macam Ronaldinho etc. Dan satu jenis lagi adalah pemain yang berusaha gigih untuk berada di kalangan pemain-pemain terbaik dunia meskipun langsung takde skill macam Filipo Inzaghi. Tak dinafikan yang paling pawer adalah pemain super combo, berbakat semulajadi dan berusaha gigih untuk jadi yang terbaik dunia, macam Maradonna, Roberto Carlos, David Beckham, Zidane etc. Pemain-pemain ini tergolong di dalam kelas masterpiece.

Tak kisah kalau pemain tu mmg dilahirkan dengan bakat mahupun yg bekerja keras kerana minat mendalam terhadap sukan bolosepok. Dua-duanya layak direspek. Untunglah pemain seperti Messi yang bakatnya dikesan sejak kecil, tapi takde pula merendah-rendahkan pemain yang bakatnya mula menyerlah di usia tua seperti Grosso dan Totti.

Pentingnya menggilap bakat adalah antara kunci kejayaan Barcelona menjadi empayar yang menguasai lapang bolosepok dunia. Kerana itu Malaysia perlu terus melahirkan bakat-bakat baru sebanyok-banyok yg mungkin kalau mahu menjadi sebuah pasukan yang disegani di pentas antarabangsa. Selagi kita tak mencapai target itu, selagi itulah kita akan duduk di takuk yang kita berada sekarang.

Menyingkap sejarah kebangkitan bolosepok Pahang 3-4 tahun kebelakangan ini, koi sangat kagum dengan kemajuan dan kepercayaan jurulatih-jurulatih Pahang membina sebuoh pasukan yg terdiri dari gandingan pemain-pemain senior dan pemain muda berbakat . Sebenornya bukan Pahang je, negeri-negeri lain pun banyok membangunkan bolosepok dengan cara ini seperti Perak. Memberi pendedahan awal kepada pemain muda beraksi di peringkat tinggi secara tak langsung dapat mematangkan mereka lebih cepat sekaligus membantu mengangkat mutu bolosepok negara bagi menghadapi cabaran di masa akan datang.

Nor azzam azih misalnya adalah pemain muda Pahang yg tidak kekok beraksi bersama pemain senior. Bakat muda yg berkemahiran mengawal bola dan mempunyai vision yg tajam ketika melakukan hantaran. Dia mempunyai karekter tersendiri dan bakal menjadi sandaran kepada bolosepok Pahang dan Malaysia tidak lama lagi. Peranan Azzam Azih kepada Pahang adalah seperti peranan Pirlo kepada Italy. Cuma perlu perbaiki rembatan supaya lebih padu lagi.

Seperti Azzam Azih, pemain Pahang lain rata-ratanya adalah bakat tersembunyi yg dicungkil dan digilap sehingga jadi berkilauan umpama permata. Dari pemain-pemain nobody, akhirnya seorang demi seorang pemain Pahang dipanggil menyarung jersi pasukan kebangsaan.

Berbeza dengan kecenderungan mengutip pemain-pemain yg dah sedia berada dalam kem pasukan kebangsaan. Itu adalah sindrom Real Madrid yang tak guna dibangga-banggakan. Pahang sendiri pernah berberapa kali buat perangai sindrom Real Madrid seperti ini sekitar tahun 90an dan pertengahan 2000 lalu. Mengejar kejayaan segera tanpa membantu sedikit pun pembangunan bolosepok tanahair.

Lebih menyedihkan bila lambakan bakat-bakat terbaik bolosepok tempatan hanya dilonggokkan di atas kerusi empuk bangku simpanan. Di situlah kita melihat kilauan bakat pemain-pemain berstatus bintang semakin lusuh dan berkarat. Kemunduran yg nyata. Di sinilah bencana holocaust bagi keseluruhan bolosepok negara bermula.

 

 

[embed]http://youtu.be/QhZGKXCZweI[/embed]

No comments :

Post a Comment