RTM - Bapak Siaran Langsung Bolosepok Peringkat Malaysia

No comments

"Sama ada aok nak jadi, sama ada aok tak nak jadi. Itu je bende keh nak tanya." - HAMKi


 

Sewaktu aku mahu menulis artikel berfalsafah tinggi melangit ini perasaan aku berbelah bagi samaada aku mahu menonton atau tidak perlawanan Piala Sumbangsih pada malam ini atau keluar melepak bermain snooker bersama-sama kawan aku. Pertama kerana aku mendengar RTM dan TV3 sahaja yang menyiarkan siaran langsung pada malam ini. Aku juga dengar astro di katakan tidak mendapat hak penyiaran Liga Super bagi tahun 2015.


Balik dari bermain snooker jam dah menunjukkan jam 1.45pagi. Pada masa sekarang RTM tengah siarkan Xpresi Kembara, sebuah cerita yang entah bende-bende. Sebelum tu RTM siarkan HMI, tenang jugak sebab aku boleh tengok muka budak-budak KRU yang jambu tengah menyanyi. Nasib baik RTM tak siar Opah. TV3 pulak tengah tayang filem movie entah bende-bende. Tak ada faedah langsung cerita movie tengah-tengah malam macam ni bagi aku.


Persoalannya sekarang kat mana siaran ulangan? Apa perasaan mat kilang yang terpaksa bekerja jam 7petang tadi sampai kul 7 pagi nanti? Apa perasaan pengerusi JKKK yang terpaksa hadir ke bermesyuarat belia pada kul 9 malam tadi? Apa perasaan seorang suami atau pakwe yang terpaksa mengikut isteri/aweknya menonton wayang cerita Suamiku Mr Perfect 10 jam 7.20malam dan juga jam 955malam tadi?


Disinilah masalahnya RTM dan TV3. RTM sepatutnya pandai menjaga perasaan peminat bola negara kerana RTM merupakan bapak segala bapak siaran langsung, siaran tertunda dan siaran ulangan peringkat Malaysia. Pada pandangan aku pada malam ahad macam nilah para-para pengulas di RTM sepatutnya mengulas bola sampai Subuh pagi esok. Start pukul 12 malam habis berita tengah malam tu pengulas-pengulas RTM perlu bersedia mengulas bola terutamanya Liga Super 2015. Masa inilah RTM memberi peluang kepada pengulas-pengulas RTM Gred B38 kebawah buat kerja. Berapa sangat kena bayar ot? Penerbit rancangan gred B41 keatas rileks lah balik rumah pikir macam mana nak kasi RTM power lagi. Walau bagaimanapun disinilah para Penerbit Rancangan Gred B41 keatas yang di lantik menunjukkan kebolehan, pengetahuan dan kreativi mereka dalam mengulas bolasepok.


Sekarang ni dah setel macam mana? Aku yang baru balik dari main snooker ni merasa sangat kecewa kerana tiada siaran ulangan yang disiarkan. Kalau beginilah keadaannya maka perlawanan bolo tempatan itu akan hilang dalam hati peminat bolo. Bila hilang dalam hati peminat bolo maka perpatah " Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik menonton EPL di negeri sendiri" akan muncul.


Notabolo : Sepatutnya aku menulis tentang William Shakespeare-Bapak Segala Bapak Falsafah Bolo Di Dunia.

No comments :

Post a Comment