Dominasi Pantai Timur

No comments
 

Fenomena This is This Is Pantai Timur tampak bakal mendominasi slot separuh akhir Piala FA tahun ini.

Terengganu dan kelantan, dua buah pasukan Pantai Timur yang berjawatan sebagai timbalan Chief baru saja selesai mengerjakan lawan masing-masing bagi mengesahkan tempat.

Sementara pasukan yang memegang jawatan Chief Pantai Timur iaitu Pahang, ternyata hanya menunggu tarikh saja untuk menghumbankan skuad Boria Pulau Pinang keluar dari saingan.

Untunglah Lions twelve dan JDT 2 sebab wakil Pantai Timur cuma ada 3 pasukan je. Kalau ada 4 memang kempunanlah deme nok boleh sampai sejauh ni.

Kekuasaan skuad bola Pantai Timur dalam kancah Piala FA ni bukan benda baru. Sila rujuk graf juara-juara sejak 2011 tu. Nampok dak?  Dan banyak petunjuk mengatakan tradisi tu akan diteruskan dalam edisi 2015 ni.

[caption id="attachment_726" align="alignnone" width="201"]Screenshot_2 Juara Piala FA yg lepas-lepas[/caption]

 

No comments :

Post a Comment