Season Pass Dan Khasiatnya
Rasanya peminat bolasepak di serata dunia memang dah tahu berita sensasi pasukan pahang mengeluarkan season pass untuk penyokong setia mereka bagi musim 2015 ni, jadi aku cerita pasal season pass ni bukanlah sebab aku nak beritahu benda yg semua orang dah tahu, tapi lebih kepada sifat bongkak nak menganjing pasukan-pasukan lemah yg ikut bersaing di pentas liga super tapi takde season pass macam Pahang.
Maklumlah mereka pasukan lemah, main pun takde penonton nak tengok. Stadium lengang, player mereka kentut pun satu stadium dengar, nak buat season pass apa kejadahnya.
Season pass ni memang benda kelaziman di Eropah, sebab masyarakat di sana tak membudayakan perangai membuang masa tercegat pukul 3 a.m tunggu kaunter tiket buka, beratur panjang-panjang untuk beli tiket perlawanan panas. Belum kira yang beramuk, pengsan dan cedera lantaran berasak-asak.
Sebagai juara bertahan Piala Malaysia yang jumlah penontonnya sentiasa padat, pihak pengurusan pasukan Pahang dengan eksyennya telah mengambil langkah maju ke depan memperkenalkan season pass supaya penyokong setia mereka dapat menjimatkan banyak masa dan energi.
Season pass adaah satu langkah yg sangat genius. Sekaligus berjaya meningkatkan mutu bolasepak malaysia di mata dunia tanpa perlu usung kerusi recaro ke stadium untuk selesakan pemain simpanan sedangkan aset sebenar dlm sesebuah pasukan bolasepak, iaitu para penonton, tetap tak terbela tempat duduknya.
Season pass yang diperkenalkan oleh Pahang ini juga banyak khasiatnya. Bukan saja dapat menonton semua perlawanan di tempat sendiri sepanjang musim 2015 ni, malahan turut dilengkapi dengan kad touch n go serta perlindungan insuran. Paling mantap sekali mereka turut dibekalkan dengan jersi tok gajah original supaya mereka nampak kacak bergaya.
Dengan harga kasih sayang, maka tak hairanlah ramai penyokong di seluruh Eropah berasa dengki dan iri hati bahkan mereka turut menyesal di lahirkan di Eropah kerana season passnya mahal dan cekik darah. Mereka selalu mengimpikan untuk dilahirkan di negeri Pahang.
No comments :
Post a Comment