Syabas utk Kelantan... Salute utk Pahang sebab waras tak merusuh nak bakar stadium dan keluar FAM

No comments
 
Skuad Pahang boleh saja mengerah segala kudrat yang mereka ada.
Mereka boleh memberikan segala energi yang masih tersisa untuk menamatkan cabaran sebagai juara.
Tapi kita realistik.
Kemampuan fizikal manusia adalah terhad.
Ada limit dan ada batasan.

Pahang secara jantan telah menyahut cabaran jadual ketat FAM tanpa rungutan dan bebelan. Kita harungi saingan dalam dan luar negara sebagai amanah yang mesti dipikul pemain bolasepak profesional. Tapi kita belum berani mengaku sebagai blueprint bolasepak alam semesta.

Kita memuji barisan serangan Kelantan yang berjaya menekan benteng Pahang sehingga berjaya mereka robohkan di lewat minit-minit kecederaan. Mereka memang berhak bermain di pentas perlawanan akhir, serta menjadi sandaran buat mengekalkan Piala FA di Pantai Timur buat kali ke6 berturut-turut.

Pahang seharusnya berpijak di bumi nyata. Kita tak perlu bakar stadium dan mengugut keluar dari FAM hanya kerana sekali tewas. Atau mengugut keluar dari Malaysia kerana berkali-kali meraih kegagalan. Itu adalah tindakan loser. Sebaliknya kita harus bangkit dan belajar dari kesilapan kita.

Analisis pertemuan Pahang dgn kelantan di Kota Bharu. Perlawanan yg berkesudahan 3-1 dan sekaligus menyingkirkan cabaran pahang secara aggregat 3-2.

Kelantan mendapat lebih kelebihan kerana beraksi di tempat sendiri. Dan mereka juga mendapat kelebihan kerana waktu rehat yang lebih panjang berbanding Pahang yang baru berberapa hari pulang dari Filipina utk perlawanan Piala AFC. Secara matematiknya, skuad Tok Gajah bermain lebih 6 perlawanan kompetitif berbanding pasukan The Red Warriors sepanjang tahun ini.

Kelantan sekali lagi mendapat kelebihan dari tindakan sia-sia Alex yang menyigung muka pemain lawan dalam situasi offball, tindakan yang boleh kita sifatkan sebagai sangat-sangat tak profesional. Kad merah yang dilayangkan untuk Alex membuatkan pemain Pahang terpaksa memeras lebih banyak energi untuk bersaing dengan kekurangan pemain. Matt Davies patut dipuji kerana berjaya menampung kekosongan Alex di bahagian serangan kanan selain mengekalkan peranannya sebagai pemain pertahanan.

Sebenarnya bermain 10 orang bukan masalah besar bagi pasukan berpengalaman seperti Pahang. Kita melihat pasukan Pahang dapat mengimbangi kekurangan itu dengan baik dari segi menyerang mahupun sewaktu bertahan. Malah kesemua 10 pemain ini bermain dengan sangat-sangat baik dan layak mendapat kepujian.

Turun ke gelanggang untuk mempertahankan kelebihan 1 gol, Pahang ternyata memilih untuk mengasak sejak awal permainan, mereka mahu mencari gol awal bagi meranapkan terus semangat melawan The Red Warriors. Walau tampak seakan menguasai perlawanan, tapi akibat kesilapan pertahanan, mereka sendiri yang bolos lebih awal. Gol pembukaan Kelantan di minit 17 membuatkan saingan menjadi terus terbuka luas.

Tragedi kad merah Alex di minit ke 30 bukan membuatkan Pahang makin lemah, tapi sebaliknya menjadikan pasukan Pahang semakin tersentap untuk menggandakan mutu persembahan masing-masing. Kerap kali berjaya mencipta peluang tapi dipersia-siakan terutama tandukan liar Conti depan pintu gol yang seluas dunia.

Memulakan separuh masa kedua, Pahang berjaya mencetak satu gol hasil hantaran Nwakaeme kepada Gopi. Seakan cuba lebih berhati-hati, Gopi kali ini lebih tenang dan tidak lagi mengikut perasaan seperti aksi perlawanan semi final pertama di Kuantan.

Kedudukan 1-1  itu membuatkan Pahang dalam keadaan sangat selesa untuk ke Bukit Jalil. Kelantan harus mencari 2 gol. Pasukan Pahang mula memperlahankan permainan dan membentuk sebuah unit bertahan yang agak baik.

Penjaga Gol kita, Yan juga bermain cemerlang. Gopi walaupun membuat larian-larian serangan yang merepek sepanjang perlawanan, tapi dia tampak turut serta membantu sewaktu bertahan. Conti juga nampak berguna kalau didropkan ke belakang lagi daripada Nwakaeme sewaktu bertahan. Dengan adanya dia menunggu di bahagian yang agak terkebawah,  pemain pertahanan boleh melorongkan bola kepada dia dan tak perlu lagi membuat clearance sia-sia seperti waktu bertahan bertemu dengan Global FC. Sekaligus mengelakkan pasukan pahang diserang bertali arus.

SAF_8390

Kemasukkan  Iwuji Amamchi pada minit ke 70 ada titik tolak kebangkitan Kelantan. Jurulatih mereka Azraai Khor ternyata bertindak bijak apabila menurunkan pemain yang mempunyai speed di hujung saingan sewaktu pemain Pahang semakin lesu dan keletihan.

Iwuji Amamchi tak menunggu lama untuk dirasai kehadirannya apabila mudah mengatasi Poyeng dan meledakkan gol di bahagian kanan. Peluang kelantan tiba-tiba menjadi kembali terbuka. Dengan baki saingan 10 minit itu Pahang kembali membuat formasi tunggu bas di stesen pekeliling. Mereka mula beratur depan gol sendiri dan membuatkan imej mereka saling tak tumpah macam liang kubur yang dilengkapi dengan batu nesan.

Percaturan Zainal ini makin tak masuk akal bila memasukkan Kojie dan Azidan dalam usaha untuk bertahan. Tak tahu apa fungsinya kemasukkan Kojie tu selain dari berjaya melambatkan perlawanan selama 1 minit. Dan ketika perlawanan dah sangat hampir menuju wisel penamat, sekali lagi Iwuji Amamchi datang dari belah kanan. Sama seperti larian andik semasa kita bertemu dengan Selangor tempoh hari. Kita sekali lagi disajikan dengan larian deras lawan di celah pemain-pemain kita yg dah tua dan dalam keletihan. Di situlah gol yang membuatkan Piala FA terlucut dari genggaman.

Tak ada apa lagi yang harus dikesalkan. Pemain telah cuba memberikan segala-galanya tapi masih belum memadai. Terima kasih Pahang, terima kasih Nwakaeme, terima kasih Gopi, terima kasih Zesh Rahman.....dan untuk Alex, terima kasih banyak-banyak.

Dengan tercicirnya 2 piala ini. Maka kita juga dalam laluan yang sangat-sangat sulit untuk membuktikan sesuatu di pentas Piala AFC. Harapan tak banyak sangat disandarkan untuk lolos. Tapi kita masih lagi teratas di saingan Liga Super. Itu bakal menjanjikan sesuatu sekiranya pasukan kita kekal konsisten. Dan peluang untuk beraksi di pentas Asia tahun depan masih lagi tenganga luas.

Dan satu lagi cabaran terbesar kita tahun ini pastilah Piala Malaysia. Ya, kita bersedia melepaskan apa-apa piala pun tapi bukan Piala Malaysia. Tiada yang lebih indah selain muncul juara Piala Malaysia 3 kali berturut-turut. Dan kita berpeluang melakukannya tahun ini. Hanya Selangor, Singapura dan Kuala Lumpur saja pasukan yang pernah melakukannya. Dan tahun ini mungkin giliran kita.

No comments :

Post a Comment