Tok Gajah sengaja uji kesetiaan penyokong...

No comments
 

 

Setelah dianugerahkan kegemilangan serta piala yang melimpah ruah, kini skuad Tok Gajah sedang menguji kesetiaan para penyokongnya. Apakah sokongan mereka selama ini jujur dan benar-benar ikhlas atau hanyalah ibarat habis madu sepah dibuang.

Hanya penyokong-penyokong kental saja yang dapat menhadapi ujian getir seperti ini. Bayangkanlah dalam seminggu ini sudah tiga kali kita dihidangkan dengan permainan serupa gampang. Bermula dengan pembaziran berdozen-dozen umpanan depan gol semasa bertemu Global FC, kendian kita diuji dengan gaya permainan bosan nak mampus masa lawan ATM dan semalam kita terpaksa pula menonton permainan baik tapi keputusannya pulok serupa setan.

Kesabaran kita diuji dengan freekick terkena tiang, kita mula menompok harapan bahawa Azidan mempunyai sesuatu untuk dibuktikan. Rupanya sampai ke sudah Azidan tak buktikan apa-apa. Tenggelam entah ke mana. Kita kecewa.

Kesabaran kita diuji lagi dengan kegagalan pemain marking pemain lawan di kubu sendiri. sebagai balasan, kita dihadiahkan tendang kung fu tanpa bayang yang cantik melengkung menerjah gawang.

Kesabaran kita diuji lagi dengan kesungguhan Gareth Bale Gopi melarikan bola menembusi benteng musuh, tapi kita disajikan pula oleh Suren dengan sepakan penyudah paling tak senonoh dalam sejarah bolosepok asia. Besar sekali dugaan yang Suren timpakan kepada kita. Dari jarak 4 inci depan gol lawan yang dah terkangkang luas pun tak boleh masuk lagi.

Tak banyak yg boleh dicarutkan kepada Zainal kali ini sebab player sendiri yang main serupa setan. Rata-rata pemain muda menunjukkan peningkatan yg ketara. Jauh lagi baik dari para pemain senior. Hafiz passing entah ke mana, freekick pun cuma menambah derita saja. Suren paling gagal sampai malas nak cerita. Secara keseluruhannya taktikal taklah buruk sangat kerana mereka menguasai bahagian tengah padang serta mengekang serangan lawan dengan baik.Tapi bahagian serangan tetap tumpul dan tak kreatif.

Faizal Abdul Rani perlukan banyak masa lagi.

 

 

 

 

NSTP

 

 

No comments :

Post a Comment