Perlu ke Pahang kekalkan quartet Import sekarang

No comments
Perlu ke Pahang kekalkan quartet Import sekarang atau dah tiba masanya untuk dibuat rombakan. Itulah persoalan besor yg menyelinap ke dalam belantara fikiran koi saat ini.

Menukor pemain import ni risikonya sama macam main pair up dalam kebun getoh. Adakalanya aok tagan besor nok gertak orang kononnya menunggu royal flush tapi colek-colek dapat kad 4 kelawor. Kadang-kadang tu aok pass je colek-colek dapat sat spade terpampang pair sat atas darat.

Mendapatkan khidmat import ni pun serupa itu juga, kadang-kadang dapat Igor Shkvyrin yg rembatannya boleh patohkan jari jemari keeper lawan, tahun depannya tukor dapat striker lumpuh dari liga argentina. Kadang-kadang dapat Nana Yaw yg dipandang mcm tak standard, bila tukor karang dapat yang lagi teruk gaya Borji.

Tak diragukan keupayaan quartet Import Pahang sebab terbukti berjaya merangkul Piala FA dgn Piala Malaysia musim lepas. Tapi kalau rombakan akan membuatkan barisan Pahang bertambah mantap berganda-ganda, maka lagi berbaloilah kalau dirombak ye dak ?

Seperti yang kita dah tahu, pemain import kita semuanya tinggi dan ada kelebihan menanduk. 2 orang badan saiz batang balak. Tapi takde sorang pun yang boleh berlari laju.

Kat sinilah kena kerahkan fantasi liar kita. Agoknya di antara keempat-empat tenaga import ni, mana satu yang paling sesuai dicari ganti dan yang mana satu yang mesti kekal ada dalam pasukan.

 

5DM37137

Dickson Nwakaeme

Gaya permainannya tak uboh macam Lionel Messi. Boleh dribble 4-5 pemain lawan mudoh-mudoh yang secara tak langsung membuatkan rakan sepasukan boleh bergerak bebas tanpa kawalan.

Bezanya Messi gelecek dengan kelajuan, skil dan seni. Nwakaeme pulok dribble serupa Iblis. Serupa binatang buas, serupa takde matlamat. Bolo tak bergerok pun, nak tengok dia golekkan bolo tu dalam jarak 4 kaki pun seksa.

Dickson Nwakaeme juga bagus rembatan jauh walaupun dah makin jarang menerjah jaring akhir-akhir ni. Dan dia juga tak kedekut untuk melorongkan umpanan ke rakan sepasukan depan pintu gol lawan. Cuma kadang-kadang bolo untuk passing ke rodong dibantainya shoot ke laut. Tapi elok juga supaya orang tokleh baca dia nok passing ke nok mencuba, barulah defense lawan tertanya-tanya.

 

 

ALF_1390a Matías Conti

Gaya permainannya takde langsung ciri-ciri permainan argentina. Gelecek tak reti. Hold bolo barang seminit dua pun tak reti. Larian deras pun tak ada. Jangan ditanya footworks yang dahsyat-dahsyat gaya rabona, sombrero ataupun elastico, memang jauh panggang dari api la.

Conti cuma nampok berguna semasa keeper tendang bolo ke atas dan tugas dia ialah menanduk bolo kepada rakan di bahagian serangan. Tapi taktik gitu cuma berkesan kalau defense lawan yang challenge dia rendah dan warga tempatan. Kalau yang challenge dia tu defense import, maka makin takde fungsi la dia kat tengoh padang.

Gaya permainan Conti memang statik iaitu menunggu dalam kotok penalti lawan je. Bila bolo sampai dia akan menggunakan satu sentuhan je untuk masukkan bolo dalam gawang. Guna kaki boleh tapi specialize dia guna kepala.

Tapi jangan pandang serong, Conti sangat prolifik. Di zaman gersang penyudah mcm sekarang, Kojie dgn Gopi depan gol sokmo tendang terpesong, kita pasti merindukan sosok manusia yg boleh masukkan bolo dalam gol macam Conti. Itulah kelebihan Conti, dia tak suka membazir peluang terhidang.

 

DSC_9403 Zesh Rehman

Jelmaan Man Bai di padang bolo. Kapten pasukan Pakistan yang berpengalaman luas main di England, Thailand dan Hong Kong. Tapi tak menampokkan ciri-ciri pemain yang berpengaruh dalam skuad Pahang.

Longgar dan mcm tak function pun kalau letok sebagai defensive midfielder. Tak menyekat jentera tengah lawan pun. Silap-silap dia sendiri yang tenggelam kat tengoh-tengoh padang tu.

Kalau letok di bahagian pertahanan pulok dia akan menjadi misteri. kadang-kadang bagus. Banyok patohkan serangan lawan, kadang-kadang kena ayamkan dek pemain tempatan dan senang-senang je penyerang impot lawan lolos dari kawasan jagaan dia.

Fungsi Zesh Rehman ni cuma ketara masa set-piece dgn corner kick je. Dia akan bersiap di Far post dan guna ketinggian untuk tanduk bolo yang dah nok keluor tu masuk balik ke dalam menghala ke kawan-kawan yang dah bersedia menanti dalam petak D. Saloh satu taktik bolosepok kuno yg dalam jarang-jarang tu ada juga yg menjadi.

 

Damion+Stewart+Aston+Villa+v+Queens+Park+Rangers+AVw58TBzoFhl

Damion Delano Stewart

Kereta kebal Jamaika. Benteng kebal. Berupaya mematahkan apa bentuk hantaran jauh pun berdekatannya dalam radius 10 kaki persegi.

Menyekat hantaran lambung dengan tandukan kemas sambil punggungnya bertindak sebagai perisai. Mengclear hantaran rendah dan bersiap menapak kaki mana-mana pemain lawan yang berani merapat. Tapi selalu terhegeh-hegeh macam basikal pancit mengejar penyerang lawan yang berjaya melepasinya dengan larian kencang. Dia selow. betul-betul seloww..

Gaya permainannya yang keras banyak membuatkan pemain lawan cedera dan patah riuk. Secara tak langsung memberi kelebihan psikologi apabila pihak lawan menjadi gerun.

Suka atau tak suka permainan keras adalah sebahagian daripada rencah bolosepok moden. Jadi tak perlu nak merengek kata referee berat sebelah. Salah satu punca kejatuhan bolasepok Arab saudi yang dikenalpasti adalah kerana mereka tak membudayakan gaya permainan bolosepok yang keras. Aok ingat kat world Cup sana pemain Jerman nak rempuh aok secara bersopan santun? Mimpi lahh... Pasukan yg melawan Pahang sepatutnya kena deal dgn Damion Steward ni dulu kalau nak cerita pasal bolosepok level tinggi.

Pengalaman serta kualiti Damion Steward memang tak perlu dipertikaikan. Dia mengetahui selok-belok ilmu perbolasepakan tertinggi level khayalan. Koi pun tak paham. Dalam mana-mana situasi pun dia dah tahu ke mana kebarangkalian bolo tu akan melantun dan sentiasa akan mengajar rakan sepasukan posisi yang betul semasa bertahan. Malah dengan Zainal sekali dia ajorkan.

Koi harap suatu hari nanti Damion Steward akan jadi jurulatih Pahang dan bawok anok dia masuk dalam skuad Tok Gajoh. tapi anok dia takyoh main, duduk je perati.

 

*Semua gambor diambil tanpa izin dari web Pahangfa.Com.
kecuali gambor Damion Delano Stewart yang sangat eksklusif dari laman EPL.

 

 

No comments :

Post a Comment