Pahang nafikan alasan Ranking FIFA rendah punca seri di laman sendiri..

No comments
 

Ranking Malaysia yg corot bukan alasan mengapa Pahang seri tanpa jaringan di kandang sendiri malam semalam. Tapi keputusan tersebut lebih kepada strategi marketing bagi menarik minat para penyokong kembali datang memenuhi stadium.

 

Biarpun mencipta banyak peluang, tapi kesemuanya sengaja tak disudahkan. Ini bagi membuatkan para penyokong jadi gantung gile. Biar mereka jadi tak puas sebab takde klimaks. Dan rasa nak tengok lagi dan lagi dan lagi..

Biarpun Pahang turun dengan formasi eksperimental tapi mereka telah membuktikan mereka mampu mencipta gerakan berbisa yang sepatutnya menghasilkan 4 atau 5 gol.

Menurut sumber dalaman Pahang FA yg dirahsiakan namanya bagi mengelak berulangnya kejadian tembakan senjata api, secara metamatiknya keputusan perlawanan malam tadi tidak menjamin tempat ke pusingan kalah mati. Sama ada menang, seri atau kalah, masih lagi bergantung pada keputusan perlawanan-perlawanan akan datang. Buat apa nak berhabis-habisan?

Sebagai pasukan yg berpengalaman luas meraih piala, Pahang memang dah masak sangat dengan format kejohanan ala-ala Piala Malaysia ni. Lagipun selama kita menang semua piala-piala tu pun bukan kita menang semua game . Ada kalah , ada seri. Ada yang dah tersingkir tapi dibantu keputusan perlawanan lain mcm kita mendapat bantuan terengganu masa tahun 2013 dulu.

'Pawer tak pawernya sesebuah pasukan itu bukan setakat diukur dengan jaringan gol. Tapi diukur dari segi keunggulan mereka di tengah padang.'

Pahang 0-0 Global FC

 

Screenshot_3

Gading yg kami asah tajam-tajam ini bukan untuk ditayang ke pasukan kerdil.
Tapi untuk dirodok hingga tersayat dada pasukan-pasukan yg perasan bersaiz gergasi... lalalala

Pahang melawan sistem  .... sistem pengangkutan subsidi

 

No comments :

Post a Comment