Gading Tok Gajah makin tumpul..

No comments
Ada macam kekurangan rasanya kalau kita cuma berani memuji PBNP masa menang tapi tak berani membahan masa mereka kaloh. Itu sifat-sifat pencacai yg mesti kita jauhi. Kita taknok wabak pencacai yang sedang berleluasa di selatan tu merebak ke halaman rumah kita.

Masa kalah kemain lantang memaki FAM tapi kecut telur nak memaki PBNJ itu adalah budaya JDT.
Bila player tendang bolo serupa bohsia, tapi penyokong secara berjemaah mengutuk referee, itu juga budaya JDT.
Bila coachnya ada seleksi player yg lebih dari cukup tapi asyik tak dapat raih mata maksimum dan mula salahkan permukaan padang juga adalah budaya maut dari gerombolan-gerombolan JDT. Semua ini kita rangkumi dengan panggilan JDT logic.

Di Pahang yang terdahulunya dikenali dengan nama Inderapura ni, budayanya lain. Kalau asyik punggah Abg Jalal dengan Zaiza ke hulu ke hilir tapi takde sikit pun hasrat nak masukkan mereka ke dalam padang, yang harus dimaki ialah PBNP bukan FAM. Kalau dah tahu taknak pakai hantor je ke Kuantan FA atau Shahzan Muda yang sangat menagih bakat dan pengalaman mereka ni.

Kalau peluang terhidang depan gol kali pertama kau tembak 10 kaki tinggi dari atas palang gol, dan peluang kedua kau rembat sekali ganda lagi tinggi dari cubaan pertama, yang mesti kau hamun ialah player. Habiskan 90 minit dalam sesuatu perlawanan tanpa peningkatan pun dalam usaha nak memasukkan bolo dalam gawang lawan. Dan minggu depan pun tengok muka-muka yang sama dengan cubaan-cubaan yang menyeleweng dari ajaran bolosepok yang sebenar, dah tentu penyokong Pahang akan melenting marohkan player, bukan maroh referee.

Bila susunan player makin merepek, letok Zesh Rahman jadi defensive midfielder lagi, letok Azidan entoh ke mana-mana, Shahrizan Salleh yg selow tu dibior naik ke atas tak turun-turun. Taktikal pesen lambung bolo tinggi-tinggi lepas tu player depan yang pendek-pendek dipaksa sambut bolo tu balik. Memang orang yang patut dihamun adalah Zainal. Midfield macam letok jadi perhiasan je. Masa masukkan pemain simpanan hujung perlawanan pun bukan buat bahagian tengoh jadi makin molek, tapi jadi makin tenggelam dan terus hanyut. Takde langsung kaitannya dengan kualiti padang.

Kita faham player kita letih dan pemain simpanan tak mencukupi. Tak kira lagi pemain-pemain kita ada yang belum pulih. Itu kita salohkan PBNP la sebab persediaan menghadapi jadual ketat ni sepatutnya diorang dah siap sedia dari awal. Dah kena ambil kira kebarangkalian pemain cedera. Kedudukan Pahang dalam peta bolosepok tanohair ni sangat bergantung pada kebijaksanaan membeli player baru semasa tingkap perpindahan akan datang ni. Kalau takde usaha nok meletokkan barisan pasukan yg kompetitif, dijamin bolosepok Pahang akan kembali merundum.

Bukan senang nak menarik minat penyokong datang ke stadium selepas melalui zaman-zaman gelap. Tapi bila dah ramai yang menjenguk ke stadium sekarang ni jaga la mereka. Datang dari jauh-jauh, beratur serupa laknat kendian tengok permainan serupa taik. Berapa lama PBNP boleh jamin fans-fans ni dapat kekal bertahan?

Pengurusan pintu Stadium Darul Makmur pun serupa takde otok buat membantu fans yang datang berbaris gaya lipan berjam-jam untuk masuk. Dua tahun dulu berbaris gaya lipan, sampai sekarang pun berbaris gaya lipan juga. Buat la pintu besor masuk sekali 8 orang gaya bukit Jalil.

LIGA SUPER 2015

 

No comments :

Post a Comment