Enjin Pahang lambat panas.. tapi kalau dah panas... taulah akibatnya..
Kerungsingan para penyokong Tok Gajah dengan masalah enjin pasukan mereka yang lambat panas mula menghela nafas lega minggu ini apabila pasukan bertaraf Asia tersebut mula mempamerkan aksi yang semakin pawer sejak akhir-akhir ini.
Koi anggap Sime Darby malam ni bukanlah pesaing yang setimpal dengan kehandalan Pahang. Molek juga kalau nok try sorang dua lagi pemain muda. Mana tau jumpa lagi potensi baru pulok. Lagipun kalau tak menang, tak la malu sangat sebab hantor pasukan eksperimental je.
Biarpun barisan yang diturunkan Isnin lepas masih dikesan lompong sini-sana dan belum sempurna sepenuhnya, tapi agok terkejut juga koi melihat ketidaksempurnaan tu diperbaiki dengan cukup deras sekali. Memang terbukti barisan kejurulatihan Pahang genius dan bijak bistari dalam selok belok bolosepok.
Jentera serangan belah kanan masih tumpul. Walaupun ada peningkatan sedikit, tapi belum memadai berdasarkan gaya permainan Pahang 2-3 tahun sudah, bahagian situ memang tempat cari makan. Kalau Alex dah kembali nanti mungkin masalah situ boleh dianggap dah settle.Tapi sementara nak tunggu dia pulih tu, tak dapatlah kita nok eksyen berlebih-lebihan di hadapan musuh-musuh kita.
Masalah paling runcing iaitu bahagian kiri pertahanan. Memang jelas sangat nampok itulah bahagian yang akan diserang bertubi-tubi oleh pasukan lawan sebab Shahrizan Salleh agak selow. Piala Sumbangsih terlucut dari genggaman kita sebab JDT asak belah situ lah. Selangor curi satu mata kat Darul makmur pun sebab Andik lolos dari sebelah situ juga. Tapi kerungsingan tu tak lagi menghantui kita lepas kembalinya Poyeng. Dia bukan saja mengawal dengan cemerlang, malah secara sengaja telah membuat clearance sepakan gunting dalam jarak berberapa sentimeter je jauhnya dari Safee Sali. Cantik sungguh sepakan gunting Poyeng tu, macam iklan Milo dalam TV.
[caption id="attachment_605" align="aligncenter" width="300"] Poyeng mengembangkan kepak sebelum melarikan bolo berjela-jela jauhnya dari Junior Eldstal..[/caption]
Sebenornya Pahang yang diturunkan dalam 4-5 perlawanan musim 2015 ini adalah barisan yg lebih lemah dari tahun lepas.
Ini fakta, sebab Pahang mengekalkan muka yg sama saja, tapi lebih lemah sebab 2-3 pemain tonggak yang familiar dalam pasukan tak diturunkan akibat cedera atau disambar pasukan lain.
Jadi untuk pasukan yg gagal menyingkirkan Pahang tu cuma ada 2 kemungkinan je.
Satu sebab Pahang sentiasa power
Dua sebab pasukan mereka makin bangang... simple.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment