Yadanarbon 2-3 Pahang: Tiga Mata Lemau!
J
3:33 PM
Dickson Nwakaeme
,
Kolumnis
,
Nor Azam Azih
,
Pahang FA
,
Piala AFC 2015
,
Yadanarbon FC
No comments
- Tadi adalah perlawanan pertama Pahang dalam kempen Piala AFC 2015. Aksi Pahang pada kali ini dipertontonkan kepada umum dalam bentuk HD. Butir-butir peluh sebesar biji jagung di dahi pemain Pahang jelas kelihatan di kaca TV.
- Pahang pada 10 minit pertama kelihatan agak baik walaupun menggunakan formasi tanpa pemain sayap. Selepas 10 minit itu, aku tidak faham apa fungsi Azidan dan Fauzi di dalam padang. Walau bagaimanapun Nor Azam sedikit sebanyak menunjukkan potensi yang melegakan untuk menjamin posisinya sebagai pemain tengah Pahang ketika ini. Dia cuma perlu menguatkan tubuh badan, stamina dan menajamkan hantaran.
- Sebenarnya potensi Nor Azam Azih akan lebih jelas kelihatan jikalau Pahang lebih banyak bermain hantaran pendek bermula dari bawah dan Dickson Nwakaeme pandai bermain bola sepak berpasukan. Dengan gaya permainan Nwakaeme, aku tidak faham bagaimana dia boleh meminati Arsenal. Zainal perlu bersikap tegas terhadap Dickson Nwakaeme sebagaimana yang dilakukan terhadap anak sulungnya, Zaiza.
- Yadanarbon FC sebenarnya pasukan yang tidak berdaya. Tapi Pahang membuat mereka nampak bahaya. Sepatutnya awal-awal lagi kita sudah menamatkan perjuangan mereka dengan 3-0 atau 4-0 pada separuh masa pertama dan mengekalkan penguasaan bola sehingga tamat perlawanan.
- Taktikal Pahang tidak berubah walau apa pun formasi yang digunakan. Pahang bermain menggunakan taktik hantaran jauh dan dalam masa yang sama pemain Pahang tidak menguasai kemahiran taktik hantaran jauh. Kita menggunakan targetman dan dalam masa yang sama targetman tidak mempunyai pilihan yang cukup untuk menghantar bola atau boleh jadi juga tamak.
- Dua penalti memang satu keputusan yang tepat oleh pengadil. Tapi nun jauh di Selatan Malaysia terdengar tangisan apabila sepakan penalti kedua Yadanarbon melayang jauh ke awan biru.
- Apa pun perlawanan hari ini tidak seperti perlawanan semalam. East Bengal semalam bermain tenang dengan hantaran hantaran pendek yang baik, tenang menguasai bahagian tengah, banyak mencipta space untuk melakukan gerakan, tetapi setiap kali menyerang dan berada berhampiran pintu gol JDT tiba-tiba mereka menjadi sambil lewa. Selepas itu mereka tersenyum lebar. Sementara Yadanarbon FC pula menunjukkan semangat juang yang tinggi dan tampak bersungguh-sungguh untuk menewaskan Pahang walaupun pasukan mereka terbatas kualitinya.
- Dalam perlawanan ini juga kita boleh nampak semangat kesukanan yang tinggi oleh pemain Pahang. Ketika salah seorang pemain Yadanarbon FC cedera, pemain lain masih terus melakukan serangan. Pemain-pemain Pahang terus bertindak mengarahkan pemain Yadanarbon FC mengeluarkan bola ke luar padang. Pahang tidak gemar pasukan lawan menyerang dalam keadaan tidak cukup pemain. Perbuatan itu boleh menjatuhkan air muka pemain yang sedang cedera. Belajar-belajarlah semangat kesukanan sebegini bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan bola sepak.
- Gopinathan masih aset Pahang ketika ini. Aku tertanya-tanya apakah yang dilakukan Pahang untuk mengeluarkan segala potensi pemain ini. Untuk posisi winger, usia 25 tahun adalah masa yang terbaik untuk Gopi memiliki permainan yang lebih tenang, tajam dan tidak melakukan kesilapan remeh yang sama.
- Meletakkan dua top striker masih aku kurang setuju.
- Aku masih lagi terasa ingin mengetuk kepala Dickson. Aku telah menasihatinya secara peribadi di sini
- Sebagai bersikap lebih realistik, Pahang perlu menambah jumlah pemain sekiranya ingin menang Final Piala AFC dengan jaringan 3-0.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment