Masanya Telah Tiba Untuk Pahang Mengajarkan Ilmu Bolosepok Tulen Ke Seluruh Asia

No comments

Setelah puas membangunkan mutu bolosepak di peringkat tempatan, masanya telah tiba untuk Pahang mengajarkan ilmu bolosepok tulen ke seluruh Asia.


Yadanarbon FC adalah antara kelab bolasepak paling bertuah kerana dapat menimba pelajaran berguna semasa tumpas 3-2 di tangan Pahang. Dengan jaringan melalui sepakan ala kadar yang memukau dan gol hujung masa yang menambat hati, tak hairanlah nama pemain-pemain Pahang mula meniti di bibir rakyat Myanmar yang sudah lama dahagakan persembahan bolasepak bermutu tinggi.


Menurut seorang peminat bolasepak tegar Myanmar bernama Nana Yaw Kyaw, dia telah lama mendengar kisah kehebatan Pahang melalui sepupunya yang berkerja di sebuah kilang plywood di Malaysia. Dia berasa sangat puas kerana akhirnya dapat melihat sendiri keagungan bolasepak Pahang.


'King of come back !' jeritnya penuh semangat, 'Hogoh Tok Gajoh hogoh !' teriaknya lagi sambil mengangkat penumbuk ke udara.


Beliau bercakap dalam bahasa Inggeris broken yang beliau akan membuat tattoo logo Pahang FA di dadanya dalam masa terdekat sebagai sumber inspirasi dan tanda sokongannya.


Pasukan Pahang memang cukup dikenali di luar negara kerana diasaskan dari bakat anak-anak tempatan sendiri. Kebanyakkan para pemainnya mereka dipupuk sejak kecil dan dicungkil dari serata ceruk kampung sebelum menjadi player bertaraf bintang termasuk Gopi yang menjaringkan gol berberapa minit sebelum wisel penamat ketika menentang Yadanarbon fc. Maka tak hairanlah pemain Pahang memiliki semangat kesukanan yang tinggi dan dikagumi peminat bolosepok dalam dan luor negara.




[caption id="attachment_535" align="aligncenter" width="300"]26gopi.transformed-504x300 Gopi belanja skil kontrol bolo menggunakan gigi[/caption]


'Kami telah diberi amaran supaya jangan membiarkan pasukan Pahang bermain sepuluh orang kerana semakin sikit pemainnya, semakin mereka jadi berbahaya' ujar jurulatih Yadanarbon FC.


'Dan kami mendapat maklumat penyudah mereka sangat tajam sekitar 5 minit sebelum tamat perlawanan. Ketika saat-saat genting ibarat nyawa di hujung tanduk, mereka selalu bangkit menjaringkan gol. Itu adalah trademark mereka.' ujarnya lagi.


'Saya memang tidak percaya. Ia sama sekali tidak masuk akal. Tapi bila ia berlaku ke atas pasukan saya sendiri, saya mula percaya dan berasa sangat terpesona. Ini adalah sesuatu yang bertentangan dengan hukum bolosepok normal. Terpesong dari hukum fizik bolosepok sejak azali. Tak ada pasukan dalam dunia yang jadi makin kuat bila bilangan pemainnya makin sedikit.'


'Walaupun tewas dengan cara makan dalam seperti ini, saya berasa sangat bersyukur kerana berpeluang dikalahkan oleh pasukan Tok Gajah. Semua pasukan yang kalah dengan Pahang memang wajar merasa bangga.'

No comments :

Post a Comment