Idea Najib (Lucius) dalam blognya tentang bolasepak malaysia memang sedap bunyinya. Masa melepak dengan PP, Stam dan Macang kat KL hari tu. PP laa orang yang begitu semangat sekali bercerita pasal bola dan beritahu aku tentang idea najib nie. Aku agak ingat-ingat lupa dengan muka Najib ni. Tapi PP kata aku kenal sangat dengan Najib masa zaman hardkore dulu.
Beberapa aspek seperti pengurusan, kewangan, hal tuju serta mekanisma dicadangkan dalam blog tersebut. Revolusi dari atas ke bawah. Dari raja ke orang bawah-bawah. Kalau orang FAM dan persatuan bola negeri dan daerah baca mesti makan tak selera lepas nie.
Bagi aku, kalau Presiden Sultan FAM berundur pun masalah bolasepak tak selesai. Ramai bercakap bahawa punca utama kelesuan bolasepak negara ialah sebab kepimpinan atasan persatuan. Perlu di ingat bahawa persatuan bolasepak malaysia merupakan satu petubuhan NGO yang bergerak di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Sesiapa yang merasakan bahawa Persatuan Bolasepak Malaysia menghalang pembangunan sukan bolasepak Malaysia boleh laporkan pada Pesuruhjaya Sukan.
Tapi siapa yang akan ambik tindakan sekiranya individu "berstatus" memegang jawatan yang tinggi dalam persatuan. Presiden FAM semua tahu Sultan Ahmad Shah. Timbalan Presiden FAM Encik Khairy Jamaludin, Menantu kepada Perdana Menteri malaysia merangkap presiden UMNO Malaysia. Siapa Menteri Belia dan Sukan Malaysia untuk ambik tindakan terhadap pengurusan bolasepak Malaysia jika ada sesiapa yang melaporkannya?
Maka orang bercakap inilah masalahnya jika terlalu banyak sangat politik dalam sukan. Tapi aku hairan dengan Italy, juara dunia bolasepak. Mungkin semua tahu bahawa pemimpin fasis Italy yang terkenal iaitu Musssolini merupakan pengerak utama kepada kehebatan bolasepak Italy. Bekas Perdana Menteri Italy Silvio Berlusconi juga merupakan pemilik kelab bolasepak AC Milan. Ini belum cerita lagi bab-bab mafia dalam Liga Italy. Hubung kait mafia sama bolasepak Italy mungkin kita cerita dalam episod lain.
Tapi mungkin kita tak sedar bahawa bolasepak Italy juga pernah mengalami zaman kegelapannya. Ingat tak dulu berderu pemain-pemain bolasepak kita kena tangkap rasuah. Berderu kena buang daerah. Italy pun aku dengar macam tu jugak, tapi tak ada laa berderu kena buang daerah. Mungkin kita kena belajar macam mana nak membangunkan bolasepak dari Italy.
Sense of belonging yang dikatakan najib itu memang benar. Ia memang sesuai sekali dengan semangat kedaerahan yang cukup menebal di kalangan orang melayu di Malaysia. Tapi pada hari ini semangat kedaerahan mungkin dah kurang. Salah satu masalah nak menyatukan orang melayu untuk memerdekakan negara ialah semangat kedaerahan dan kenegerian yang tinggi. Tapi tak tahu laa sekarang macam mana. Boleh cuBa. Tak cuba tak tahu.
Kita lihat Italy.Banyak nilai-nilai politik dalam setiap pasukannya. Semua tahu tentang itu. Semua tahu pasal Lazio yang tak sebulu dengan pasukan Roma. Pasukan Lazio merupakan pasukan kelas atasan (kapitalis) dan kebanyakan penyokong pasukan Ooma merupakan mereka dari kumpulan kumpulan pekerja. Kalau jumpa dua team ni mesti ada gaduh-gaduh sampai berdarah. Nampak tak betapa semangatnya jika para pemain mewakili idealogi dalam sesebuah kelab. Jika menang maka menanglah idealogi mereka. Agak-agak kat malaysia BILA boleh praktikan ke idealogi politik dalam pasukan bola?
aku rasa mike neraka ada bercerita pasal politik dalam bolasepak ini dulu-dulu.tentang inter vs milan, rangers sama celtic dan lain-lain yang aku tak ingat.
sebab apa bolasepak malaysia tidak dapat lari dari politik? mengapa biasanya orang-orang politik yang selalu pegang jawatan dalam apa jua bentuk NGO yang ada di daerah-daerah dan juga negeri-negeri. ramai cakap inilah puncanya. inilah sebabnya kita tak maju. orang politik ambik kesempatan nak mempopularkan diri mereka dan banyak lagi yang sedap didengar(mengata orang memang sedap)
aku rasa ini sejarah. sejarah sistem feudal melayu yang patuh kepada pemimpin dikatakan punca segalanya. sebenarnya sepatutnya benda ini tak timbul pun. dulu-dulu pun masa malaysia popular orang politik jugak yang berperanan besar dalam perkembangan bola malaysia. tun abdul rahman pernah pegang, tun razak pernah pegang sekejap, datuk hamzah samah pegang dan Sultan Pahang pegang sampai sekarang.
bagi aku yang jadi masalah bukan golongan atasan yang pegang jawatan tinggi-tinggi tu. bagi aku masalahnya utama ialah sikap dan mentaliti orang kita jugak. orang kampung melayu. semangat dan kemelayuan mereka telah dihilangkan akibat kemunculan muzik pop yang melanda dunia suatu ketika.dulu kat kampung-kampung semua sibuk nak buat band pop. tak caya? try siasat hahah..aku dah merepek. tapi aku rasa ada benarnya jugak.
hubung kait orang politik dan orang berniaga pada zaman sekarang dan dulu-dulunya amat erat sekali. sebab tu ada dalam teori ekonomi politik tentang persoalan siapa yang lebih berkuasa. negarakah yang berkuasa? kapitaliskah yang berkuasa? atau golongan buruhkah yang berkuasa?
jika negara yang berkuasa sejauh mana kerajaan sendiri memainkan peranan penting dalam sukan bolasepak negara? sejauh mana kemudahan infrastruktur kerajaan sediakan diperingkat akar umbi? adakah sebuah kampung ada padang bolasepak agak budak-budak kampung dapat bermain bola? bagaimana dengan kemudahan padang bola bagi mereka yang mendiami rumah-rumah flat? mampukah kerajaan yang sedang membangun dapat menyediakan kemudahan-kemudahan ini?
jika tidak, disinilah peranan para pemodal untuk memainkan peranan penting sebagai rakan kongsi dalam pembangunan sukan bolasepak negara. sebab itu dulu peranan dunhill cukup besar dalam perkembangan bolasepak malaysia. sebenarnya banyak syarikat berminat untuk berlabur dalam pembangunan bolasepak malaysia rasanya tapi apa guna jutaan ringgit jika prestasi pemain tidak seberapa dengan tajaannya. kalau aku ada syarikat mungkin aku ada datang jugak rasa was-was nak taja lipis FC.
cadangan untuk mengadakan liga di peringkat akar umbi dan peringkat komuniti merupakan satu cadangan yang baik dan pernah dicadangkan dan tak silap aku pernah dipraktikan sejak dulu. masa zaman aku dulu memang ada perlawanan bola liga daerah lipis. mie factory effex sendiri pernah main dengan kampung Gua, lipis.
apa masalahnya dengan liga daerah? tahukah anda menjadi pengurus untuk pasukan kampung sebenarnya sangat susah. ok biasanya siapa yang akan jadi pengurus pasukan bolasepak pasukan kampung? biasa yang jadi pengurus pasukan merupakan individu-individu yang mempunyai pengaruh dalam sesebuah kampung ni. dalam team pasukan kampung biasanya melibatkan budak-budak muda belia dan dalam jawatankuasa keselamatan kampung (JKKK) ada satu individu yang mewakili golongan belia. biasanya individu inilah yang memainkan peranan penting dalam mengurus pasukan bolasepak kampung mereka.
kos mengurus pasukan kampung sebenarnya besar. untuk pasukan kampung aku boleh anggarkan bajetnya. contohnya :
1. jersey 2 set (home away) Rm350 (jenis jersey cap ayam/kodi) x 2 unit
2. bola latihan dalam rm200
3. kos pengangkutan RM30 satu kereta x 10 kereta (termasuk penyokong)
4. kos makan minum lepas perlawanan(biasanya game habis sebelum maghrib dan biasanya pemain bola akan makan nasik goreng sama air sirap) rm 5.00 sekepala x 50 orang (termasuk penyokong-penyokong, kalau tak ajak jangan harap laa lepas ni nak jadi penyokong)
5. kos dobi
6. pemain kekadang kasi jugak rm10-rm20 lepas main. darab 20 orang.
macam mana? itu baru satu perlawanan. kalau diorang kena main dalam 20 perlawanan macam mana? sesak nafas sape jadi pengurus.
siapa yang serius untuk jadi penaja bolasepak? biasanya di kampung-kampung mereka mengharapkan simpati dari para kontraktor-kontraktor yang berurusan dengan projek di kampung mereka. biasanya pengerusi JKKK pun dapat jugak projek-projek yang kerajaan bagi. dari sini aku rasa kita sendiri dah boleh nampak sejauh mana azabnya nak mengurus satu pasukan bolasepak diperingkat kampung.
tapi mungkin jika kerajaan serius nak memastikan perkembangan bolasepak diperingkat akar umbi maka mungkin duit boleh disalurkan kepada JKKK yang ada dan wajibkan menubuhkan pasukan bolasepak di peringkat kampung dan dipantau dengan kerjasama persatuan bolasepak diperingkat daerah dan pejabat belia dan sukan daerah.
diperingkat daerah pula. pejabat daerah, pejabat belia dan sukan daerah bersama persatuan bolasepak daerah mengadakan satu liga bola untuk daerah mereka dan menubuhkan satu jawatankuasa diperingkat daerah bagi memastikan pemilihan pemain-pemain mewakili daerah berlaku secara adil dan saksama. kadang-kadang aku rasa masalah kita ialah kita silap dalam proses pemilihan para pemain. kekadang kita salah menilai seseorang pemain tersebut. sebab itu kita akan selalu dengan orang bercakap bahawa si polan polan ini bagus mainannya tapi sayang tak terpilih pasal jurulatih si polan sipolan ini tak suka dia sebab pemain ini anak orang PAS misalnya, ayah dia dulu masa kecik gorat awek jurulatih tu contonya dan banyak lagi contoh yang palat bunyinya.
kadang-kadang dalam pemilihan peringkat pusat di peringkat negeri dan daerah pun para pemain dah berpakat sesama sendiri. misalnya aku, pp dan padeli dari kampung yang sama telah terpilih untuk menjalani latihan pusat untuk daerah lipis. tiba-tiba datang najib dari kampung sebelah. maka agar aku, pp dan padeli terpilih dalam pasukan maka kitaorang dah berpakat nak passing sesama kitaorang dan takakan passing bola ke najib. nampak tak kekampungan dan kedaerahan mentaliti pemain kita? apa yang aku cakap ini sememangnya berlaku. tak caya boleh soal siasat jurulatih.
pernah dengar istilah jaguh kampung? kebanyakan dari kita memang macam tu. percaya laa. kalau main dengan kampung sendiri sedapnya bukan main. semangatnya lain. biasanya yang samseng kampung atau yang pegang kampung tu akan main kat posisi pertahanan. tak caya cuba siasat tengok.
kekadang aku rasa sejauh mana hebatnya sistem yang dibina dan liga yang dicipta tetapi jika 'manusia' itu lemah dari dari sudut mental, fizikal dan rohaniahnya maka sia-sia juga tindakan kita itu tapi tak salah untuk kita mencuba.
semuanya tentang manusia.
yang penting bagi aku ialah sejauh mana kita dapat mencipta manusia yang hebat,kuat fizikalnya, tinggi mentalnya dan rohaninya. sebab itu untuk lahirkan jaguh dunia kita kena buat style macam orang dulu-dulu di kota athens kalau tak silap aku. mana yang nak jadi askar kita dah kesan dia dari kecik, budak yang kuat fizikalnya kita letak dia di sekolah askar. yang nak jadi ahli falsafah kita cari siap-siap, yag nak jadi penyanyi kita standby awal-awal. aku tak ingat aku baca dari mana, plato atau aristotle.
macam kapitalisme, buruh yang produktif itu lahir dikalangan manusia yang muda dan sihat dan bertenaga. lagi ramai yang macam nie, syarikat akan kaya.
Teringat kata-kata Pak Ungku. Budak-budak kena makan telur hari-hari. Kalau boleh 2 bijik sehari. Baru diorang kuat fizikal. Tapi ada diorang makan telur hari-hari?
No comments :
Post a Comment