Falsafah Bolosepok - Bolo dan Nafsu
"Kehidupan itu laksana hantaran-hantaran pendek yang berbentuk seperti tenunan yang bersambung dan kemudiannya menjadi GOL." - HAMKi
Bolosepok adalah sukan yang comel dan sedak. Kesedapan bolasepak itu menjadi terlalu sedap apabila ia di jadikan satu falsafah atau perumpamaan dan dikaitkan dengan kehidupan. Sejak dilahirkan aku tidak pernah mendengar sukan yang dikaitkan dengan falsafah kecuali bolosepok. Setakat hari ni aku tidak pernah mendengar tentang falsafah bola jaring, falsafah hoki, falsafah sepaktakraw atau falsafah badminton (sekadar menyebut beberapa sukan popular di Malaysia)
Apa itu falsafah? Maksud mudah kepada falsafah ialah satu bentuk pemikiran atau displin ilmu untuk mencari kebenaran. Apa bende perkara yang di bincangkan yang mencari kebenaran adalah falsafah dan sehingga kehari ini maksud sebenar falsafah itu masih lagi menjadi tanda tanya kerana fasafah itu sendiri merupakan satu benda yang mengelirukan dan penuh kepelbagaian makna.
Kenapa bolosepok? 22 orang pemain dan 3 atau 5 orang pengadil yang berada diatas padang menunjukkan bahawa sukan ini sangat relevan untuk di kaitkan dengan kehidupan. Lebih-lebih lagi dalam kehidupan bermasyarakat. Lagipun sukan bolosepok ini juga mudah. Sesiapa sahaja yang mempunyai kaki dan boleh menyentuh bola maka dia boleh bermain bolosepok.
Oleh kerana falsafah itu berkaitan dengan kebenaran dan makna sebenar falsafah itu sendiri mengelirukan maka sudah pasti falsafah bolosepok itu merupakan satu perkara yang seronok untuk di bincangkan. Kepelbagaian idea, persepsi, pandangan dan berbezaan pengalaman akan menjadikan berbincangan tentang falsafah bolasepak ini sudah pasti menyeronokkan, menghiburkan, menghangatkan atau mungkin mengharukan dan juga menakutkan kita.
Walaubagaimana perbincangan tentang falsafah bolosepok ini sudah pasti akan memberi kesedaran kepada kita bahawa proses mencari kebenaran itu jika dibincangkan secara membabi buta mengikut hawa nafsu atau lojik akal semata-semata tanpa kerjasama daripada HIKMAH akal akan menyebabkan apa yang akan kita bincangkan dalam falsafah bolosepok itu hanya menuju kepada falsafah Hedonisme semata-mata.
YA. Mungkin bolosepok ini satu perkara yang hanya berbentuk hiburan semata-mata tetapi ia tetap memberi makna kepada kehidupan kita semua dan jika boleh biarlah ia melahirkan sesuatu makna yang memberikan makna-makna BENAR tentang kehidupan.
Jadi apa falsafah bolosepok anda?
No comments :
Post a Comment