Lembaga Budi Bolosepok
"Adakah sama antara pemain bola yang menyepak bola dengan pemain bola yang menahan bola yang mempunyai ilmu pengetahuan penuh di dada?" - HAMKi
Kebodohan, kebangangan dan kejahilan ini terbahagi kepada 2 jenis. Yang pertama ialah jahil basith. Jahil basith mengikut HAMKA (sedara aku) ialah jahil sebab kita tak tahu atau kurang ilmu atau pengalaman tapi bila kita sedar bahawa kita tak tahu apa yang orang tahu maka kita akan sedar dan bersedia untuk tidak bodoh lagi.
Jahil jenis ke dua ini jenis susah nak ubat. Nama dia jahil murakkab. Jahil murakkab ni jenis jahil, jenis bodoh dan jenis bangang paling abadi bagi aku. Pertama jahil ini disebabkan kerana kesombongan di dalam diri kita dan mengikut HAMKA (sedara aku) ianya terbahagi kepada 4 tahap.
Aku kat sini bukan untuk menulis tentang 4 tahap kebangangan murakkab tetapi ingin menulis 4 tahap penting dalam bolosepok. Dalam bolosepok ada beberapa tahap asas yang sangat penting yang boleh kita bincangkan. Tahap pertama ialah tahap menyepak bola, tahap kedua tahap menahan bola, tahap ketiga menanduk bola dan tahap 4 paling susah ialah mengelecek bola. Tahap jahil murakkab ini sebenarnya ada terlalu banyak dalam pemain bola di Malaysia dalam setiap tahap yang aku sebutkan diatas.
Sepak bola, tahan bola, tanduk bola dan mengelecek bola merupakan asas penting dalam permainan bola. Yang membezakan sedap atau tidak sedapnya permainan sesuatu pasukan bolasepok ialah CORAK perlawanan yang diatur oleh seorang manusia bernama jurulatih. Kepantasan corak perlawanan, jenis hantaran (pendek atau jauh), strategi formasi dan sebagainya sebenarnya adalah bab ke-2 dalam bolasepak.
Sehubungan dengan itu pada pendapat aku perkara asas tentang bolasepok ini perlulah di pertingkatkan selalu proses pengajarannya agar pemain tidak berterabur hantarannya, tahan bola macam celaka, tanduk sambil pejam mata dan mengelecek entah apa-apa. Kesombongan tidak memberikan apa-apa malah merugikan masa 90 minit para penonton bolosepok.
Majulah sukan untuk negara dengan tegas!
No comments :
Post a Comment