Tumpas Itu Ada Hikmahnya

No comments

Pahang tumpas di Larkin.
Siapakah yang harus dipersalahkan?


Bagi penyokong Tok Gajah yang melihat bolosepok menerusi padangan mata zahir, pasti akan terbit perasaan kecewa, kecundang, hilang keyakinan diri, marah, kesal dan berbagai-bagai lagi. Tapi perasaan sebegitu tidak timbul sedikit pun dalam diri koi sebab koi melihat bolosepok melalui pandangan mata batin. Koi melihat banyak elemen-elemen positif dari kekalahan ni.


Rumit sikit nak cerita perihal bolosepok dengan mata batin ni, sebab berkait dengan pembukaan hijap. Kalau koi cerita pun mungkin orang kebanyakkan macam aok semua akan ambik masa 10 tahun baru paham. Itupun kalau tekun dan berusaha. Tapi kalau malas dan sekoloh sokmo periksa dapat nombor corot, memang tak paham la sampai bila-bila. Oleh sebab tu, aok semua buat-buat paham sendiri je la, okey.


Kita berbalik pada hal ketumpasan Pahang kepada JDT 0-2 di Larkin. Pertama kita tak perlu rasa kecewa sebab mcm yg pernah koi katakan sebelum ni, Piala sumbangsih ni bukan trophy yg kita teruja nak menang. Begitu juga tercicirnya 3 mata dalam kancah Liga Super, kerana awal-awal lagi Zainal tak pernah sebut pun matlamat skuad 2015 ni untuk gondol title juara liga. Zainal bijak dalam hal tu sebab dia tahu kalau menang liga bukan dapat cuti peristiwa, berhempas pulas merebut gelaran yg tak mendatangkan cuti umum adalah kerja gila.


Cuma yg koi kesalkan sikit adalah pecahnya rekod tanpa kalah pahang 2 perlawanan. Itupun sangat personal. Sebab dah lama koi impikan Pahang pegang rekod tanpa kalah 100 perlawanan rasmi (friendly tak kira). Tapi tak apa, kita akan fokus balik cipta rekod tu start perlawanan lepas ni. No big deal.


Bagi sesiapa yg melihat bolosepok melalui mata batin juga akan terpesona dengan taktikal genius yg diterapkan oleh Pahang. Dalam erti kata yg mudah faham, kekalahan malam tadi dapat memberi gambaran yg salah kepada musuh-musuh Pahang dari luar negara terutamanya dari Hong Kong, Burma dan Filipina. Ratusan spy-spy yg dihantar ke Larkin oleh musuh Pahang dari oversea malam tadi pasti menjangkakan Pahang pasukan yg lemah dan mudah diperkotak-katikkan. Di situlah kesilapan mereka. Kerana Pahang akan menunjukkan skill sebenar bila tiba waktu menentang pasukan mereka nanti. Koi senyum sendiri mengenangkan betapa bodohnya spy-spy tu kena tipu. Dia ingat Pahang ni bodoh ke.. hahaha.


Taktik buat-buat kalah ni memang terkenal di kalangan kejurulatihan Pahang, malah Dollah salleh yg banyak menimba pengalaman di Pahang pernah gunakan taktik serupa semasa membawa skuad Harimau Malaya ke perlawanan akhir kejohanan Piala AFF baru-baru ni. Ramai rakyat malaysia yg masih mentah dan baru kenal bolasepak 2 tahun hilang pertimbangan dan pedoman selepas melihatkan prestasi yoyo pasukan Malaysia waktu itu, cuma rakyat Pahang je tenang dan faham apa dibuat oleh Dollah Salleh. Penyokong Pahang ternyata jauh lebih matang dalam hal bolosepok berbanding penyokong negeri lain.


Kembali pada perkaitan Dollah Salleh dgn perlawanan Piala Sumbangsih semalam, mula-mula ada juga koi cuba persoalkan apa sumbangan Dollah Salleh pada bolosepok Malaysia selama ni? Masa tu koi bandingkan dengan pencapaian koi dalam kancah pembangunan football fantasy Astro. Maklumlah formasi team fantasy football koi bukan calang-calang. Sekali imbas tengok memang sepatutnya dah gondol hadiah bulanan sekurang-kurangnya 10 kali setahun. Tapi takde rezeki. Namun selepas tengok betapa geniusnya bang Dolah letak Kunalan di bahagian defense dan membuat seluruh dunia bolosepok gempar. Koi curi juga skil dia letak Kunalan kat defense team football fantasy koi. Memang malu sikit curi skil orang ni, tapi tebalkan je la muka. Harap-harap bulanan ni ada rezeki, hehehe..


Permainan buruk?


Heboh rata-rata penyokong Pahang kedai kopi mempersoalkan tentang gaya permainan semalam yg dikatakan sangat buruk. Ini pun masalah biasa bagi penyokong yg melihat bolosepok menerusi pandangan mata zahir. Entah sejak bila dia pernah tengok Pahang main cantik?


Sepanjang hayat koi rasanya, Pahang sentiasa main buruk je. Baiklah, Pahang cuma main cantik sekali je masa lawan Kedah semi final Piala Malaysia 2014 . Selain dari tu semua main macam sepat. Tapi takpe, yg pentingnya mereka main buruk tapi menang. bukan setakat menang je, tapi gondol piala demi piala. Ini misteri alam terbesar yg membuatkan koi teruja menyokong Pahang. Bezanya semalam mereka main buruk tapi kalah.


Walaupun koi melihat keseluruhan bolosepok menerusi mata batin, tapi falsafah koi dalam bolosepok adalah sangat realistik. Koi tak peduli pun kalau pasukan tu main dengan skil hantaran lencung kiri kanan depan belakang. Sebab selagi bolo lencong tu tak menembus jaring, mereka takkan menang. Kalau mereka tak menang, mereka tak dapat raih piala. Apa guna kalau player tu membuat skil tendangan gunting kalau tak masuk atau bersusah payah buat skil sepit udang (sejenis skil yg memerlukan kemahiran tinggi untuk rolling dua kali atas padang sebelum mengangkang dan sepit bola menggunakan kedua belah kaki yg jarang dibuat di kancah bolosepok tapi sangat selalu dibuat dalam sukan gymrama).


Jadi pada pandangan koi, gaya permainan tak penting pun, asalkan menang dan juara.


Kekurangan pemain berkualiti di bangku simpanan untuk rotasi.


Mungkil ini strategi Pahang yg baru untuk memberi kejutan besar. Tapi koi tetap belum mengerti muslihat pesen apa kekalkan pemain sama tahun lepas tanpa penambahan tenaga-tenaga baru yg berkualiti tinggi untuk bantu pertahankan semua piala-piala dalam genggaman kita.


Sebagai pasukan juara, team-team lain berlumba-lumba memasukkan bintang-bintang baru dalam skuad mereka untuk menyingkirkan kita daripada takhta. Dalam erti kata lainnya, semua pesaing sedang bergerak maju, tapi kita pulak berusaha kekal di takuk lama. Itu bukan sesuatu yg positif dalam sukan bolosepak.


Penampilan Pahang semalam serupa saja dengan pahang 2 tahun lepas sehinggakan pesaing kita dah masak dgn kelebihan dan kekurangan pasukan kita. Mengunci pergerakan Gopi dgn meletakkan Kunalan membuatkan bahagian kiri Pahang 100% lumpuh. Tanpa Alex yg sepatutnya mengalih serangan ke bahagian kanan ternyata membuatkan kita makin tempang bila kita tak mempunyai barisan simpanan yg boleh disandarkan harapan. Kojie bukan pengganti yg sesuai utk Alex kerana dia bukan jenis pemain yang reti membuka permainan kepada rakan-rakan. Dia lebih kepada finishing saja.


Sama macam Conti juga, bukan ada movement untuk menggerakkan pasukan. Cuma mengharap finishing juga. Percaturan meletakkan Conti dan kojie serentak membuatkan Pahang macam main 9 orang. Atau mungkin macam main 8 orang sebab Zesh Rahman pun sama tak hidup. Itulah antara punca kenapa Pahang diserang bertubi-tubi sejak awal. Kemasukkan suren di hujung masa juga taktik 2 tahun lepas yg semua orang dah boleh baca. Sepatutnya Suren masuk dari awal untuk variasi serangan kiri dan kanan. itupun kalau suren menjadi. Kalau macam 10 minit terakhir semalam persembahannya, memang sepatutnya diganti. Nak ganti siapa? kat bangku simpanan cuma ada pilihan zaiza aje.


Dengan tempangnya jentera serangan kiri dan kanan, tinggallah sandaran pada bahu pemain tengah hafiz dan azidan. Dengan bahagian depannya Conti dan kojie yg kaku , terpaksa saja mengumpan dengan hantaran lambung dari jauh je. Dengan harapan pemain bahagian hadapan dapat sambut dan score. Kalau tak dapat sambut, kita lambung lagi. Dan lagi.. Dan lagi..


Masalahnya bukan kerap pun azidan dengan Hafiz ni dapat bola. Kat sini kita sepatutnya tukar strategi meletakkan bahagian tengah yg mempunyai kelebihan fizikal atau yg mampu merembat dari luar penalti, atau pemain tengah yg boleh membuat lorongan through pass. Tapi kat bangku simpanan kita siapa yang ada? Ada Zaiza jer ..

No comments :

Post a Comment