JDT 2-0 Pahang: Salah Zainal + TV Malaysia Hancur

No comments

Siaran TV


Siaran langsung kali ini ditayangkan di TV3 dan RTM1. Kedua-dua TV menunjukkan prestasi teknologi yang cemerlang seiring dengan kejatuhan Ringgit. RTM ni dulu katanya dah membuat percubaan untuk siaran HD pada 2008, ni dah 2015 tak selesai lagi ke percubaan? Gila betul. Tapi itu tidak bermakna kita perlu Astro sepenuhnya.


Taktik Yang Tak Masuk Akal


Sebenarnya prestasi Pahang malam ini aku dah jangka bila melihat kesebelasan utama yang masuk. Aku tak berminat dengan taktik Pahang yang menyenaraikan dua penyerang iaitu Dickson dan Conti. Pahang sepatutnya bermain satu penyerang dengan tiga midfield serta dua sayap. Conti patut di bangku simpanan. Balerrrr sakit jiweee aku tengok taktik Pahang.


Pada aku starting line-up yang dikeluarkan oleh Twitter Pahang FA pada jam 3 petang tadi adalah yang terbaik untuk bertemu JDT pada perlawanan ini. Di barisan pertahanan Rehman tidak perlu bermain. Razman dan Stewart perlu berganding sebagai bek tengah seperti biasa. Mereka mempunyai komunikasi dan persefahaman yang lebih baik. Tidak seperti Rehman yang sering membuat clearance tak tentu hala. Taraf Rehman bukan di Liga Super.


Aziz Ismail pula sepatutnya di bahagian kiri, bukan Shahrizan yang sangat perlahan. Dan Jalal di bahagian kanan bagi merasmikan Pahang 2015.


Di bahagian tengah. Aku tidak suka Azidan. Dia lembik, kakinya tidak betul-betul memijak bumi, hanya berambut kuning dan takkan mampu berdepan Shakir Shaari yang lebih gagah dan liat. Pendek kata Azidan cuma ada gaya. Azam yang masuk menggantikan Azidan tadi aku rasa nampak lebih yakin memegang bola. Zainal perlu ambik berat bahagian tengah Pahang. Jarak bahagian tengah kepada serangan terlalu jauh! Meletakkan full time defensive midfielder yang mantap mungkin mampu menyelesaikan masalah. Tapi kita ada siapa? Hari tu ada mangkuk sain dah lepas ke Jerman.


Berbalik kepada perlawanan tadi, JDT mempamerkan corak permainan pantas. Ini memang memberi satu masalah kepada pemain Pahang yang ternyata tidak cergas sepenuhnya. Maknanya bukan mereka power, cuma kita tidak match fit.


Kain Rentang Anjing


Ia satu kejutan bagi aku. Penyokong JDT agak keterlaluan menyampaikan luahan mereka. Pada pandangan aku secara peribadi rasanya tak patut langsung penyokong JDT umpamakan TMJ semacam itu dengan kain rentang anjing begitu. Apa salah TMJ hingga penyokong JDT sanggup menyamakan presiden bola mereka dengan anjing? Apa salah TMJ? TMJ baru saja bergelar penasihat di FAM. Bagi dia ruang dan peluang. Jangan samakan TMJ dengan anjing.


Sedang Mana Kita Ni?


Apa pun tujuan perlawanan ini tercapai iaitu untuk mengetahui sedang mana tahap prestasi pasukan Pahang. Ini satu permulaan yang akan memberi kita satu panduan untuk melayakkan diri ke final Piala AFC yang menjadi satu-satunya buruan kita musim ini.


Selamat malam.


fury-1

 

 

 

No comments :

Post a Comment