Kita adalah Pahang dan Pahang adalah kita

No comments
Pujangga Inggeris pernah menyatakan,
"Merampas kejuaraan itu lebih mudah daripada mempertahankannya..."

Dan begitulah situasi yang menjadi masalah utama yang dihadapi pasukan Pahang FA akhir-akhir ini.

Suatu ketika kita tampil dengan status underdog, kita nodai satu demi satu pesaing kita. Kita rentap keegoan mereka, kita calarkan kemegahan mereka. Kita contengkan arang ke muka pasukan-pasukan takbur yang memandang rendah keupayaan kita.

Tapi saat-saat itu sudah berlalu. Setelah menggungguli pelbagai piala dalam tempoh 2 tahun, setiap lawan sudah siap waspada. Mereka sentiasa menganggap Pahang sebagai seekor rasaksa hodoh yang menghalang cita-cita besar mereka.

Mentaliti para penyokong Pahang juga sudah jauh berubah. Mereka sentiasa menganggap skuad Tok Gajah itu sebagai sebuah skuad Superman yang kebal dan berkuasa luarbiasa. Sekumpulan lelaki-lelaki superheroes dalam persalinan kuning yang sewenang-wenangnya boleh melempang muka musuh sebagai hobi masa lapang.

Dan di situlah masalahnya. PAHANG BUKAN SUPERMAN.

 

Dalam mentaliti penyokong, Pahang adalah sebuah pasukan yg wajip membelasah 7-0 tak kira pasukan apa pun yang menjadi lawan mereka di padang. Dan Pahang juga mesti mengawal bola dengan penguasaan 95% ball possesion dengan hantaran penuh skill tiki taka dan bergerak sekali ganda lebih pantas dari Real Madrid.

Tapi realitinya, Pahang adalah sebuah pasukan biasa-biasa je dengan prestasi turun naik tak konsisten. Dan kebanyakkan piala dicapai dengan gaya permainan one route football yang langsung tak menghiburkan.

Kadang-kadang kita sebagai rakyat Pahang harus belajar menerima Pasangan kita seadanya, maksud koi pasukan kita seadanya.

10678630_825546027534456_3754202708271029471_n

No comments :

Post a Comment