Tok Gajah kembali berbisa

No comments
Maaf kepada pengikut setia bolosepok sebab terlewat update.
Itu pun bukan sengaja dilengah-lengahkan, tapi kami terpaksa menangkis serangan hackers-hackers Bangladesh yg cuba menghijack portal bolosepok ini.

Nasib baiklah kami berjaya mempertahankan portal bolasepak paling berpengaruh di Asia daripada jatuh ke tangan pihak yang tak bertanggungjawab. Dan pagi tadi heboh kisah google.com.my diceroboh hackers yg juga berasal dari Bangladesh. Kami syak mereka adalah hackers yg sama.

[caption id="attachment_717" align="alignnone" width="300"] laman google.com.my menjadi sasaran hackers bangladesh setelah mereka kecewa gagal menembusi pertahanan portal bolosepok.com[/caption]

Sebelum hackers bangladesh itu  kami usir , mereka sempat juga mendelete draf-draf yang yang mengandungi ulasan-ulasan penting berkenan perlawanan Pahang menentang Pulau Pinang yang di dalamnya kami telah meneliti sebanyak 250 sebab mengapa Pulau Pinang tak boleh menang melawan Pahang sampai bila-bila.

Selain itu draf perlawanan Pahang menentang kelantan juga telah mereka ubah ke dalam bahasa Bangla sehingga kami nyaris gila menterjemahkan semula ke dalam bahasa melayu. Jadi kami mengambil keputusan utk melupakan saja posting 2 perlawanan tersebut mengenangkan besok Pahang sekali lagi akan turun beraksi sekali lagi. Menentang South China di Piala AFC. Jadi kami akan terus memberi tumpuan kepada perlawanan tersebut.

Secara ringkasnya mengenai prestasi Pahang dalam dua perlawanan terakhir itu boleh lah dikatakan Pahang sudah kembali ke prestasi juara. Para pemain sudah mula menemui sentuhan gol. Keyakinan penyokong juga mula pulih dan yang paling menceriakan kem Tok Gajah ialah kembalinya sentuhan-sentuhan emas Hafiz Kamal.

Bagaikan sumpahan, setiap pemain Pahang yg terpilih menyarung jersi kebangsaan pasti akan main serupa celaka bila kembali ke pangkuan skuad Tok Gajah. Gopi dan Alex mengambil masa lama untuk dapatkan tempo semula. Sementara Kojie sampai ke hari ni jadi entah apa-apa. Hafiz Kamal pun tak terkecuali.

Tapi dengan rembatan cantik luar penalti serta freekick terkena tiang sebelum disambar Nwakamae semasa berdepan Pulau Pinang adalah sama seperti fungsi Hafiz Kamal yg kita kenal selama ini. Malah ketika berdepan dengan Kelantan, freekick Hafiz kamal yang ditanduk secara padu  oleh Damion Steward,  secara jujurnya adalah gol bertaraf EPL. Bukan langsung level gol Liga Super yang standet masuk meleleh.

[caption id="attachment_718" align="alignnone" width="300"]_YIE3195 2 tahun lalu, kita tumpas 0-4 di kota Bharu. Tapi berkat pertolongan JDT memancing player-player TRW akhirnya kita ke menang selesa 2-0. Terima Kasih JDT.[/caption]

 

 

Footnote :
Hasil siasatan mengatakan Hackers Bangladesh yg menyerang google.com.my adalah warga bangladesh yang mencari rezeki di negara ini. Kemarahan mereka berpunca dari polisi google malaysia yg memblock laman-laman porno seperti xvideo, pornhub, redtube dll.
Kemarahan mereka semakin meluap-luap tak terbendung bila mereka cari gambar kopek kat Google tapi keluar gambar muka Azidan di portal Bolosepok.com.

 

No comments :

Post a Comment