Seputar Keputusan Piala FA (Pusingan 2) 2015
Tak banyak keputusan mengejut dalam perlawanan pusingan kedua Piala Fa. Rata-rata kemenangan masih mengikut skala darjat sesebuah pasukan. Maknanya pasukan berdarjat Liga Super akan mempunahkan harapan pasukan dari darjat Liga Perdana seperti juga pasukan Liga Perdana akan menghancurkan harapan pasukan Liga FAM.
Fokus kita pastilah pada kejayaan JDT ll menumpaskan PKNS. Kelantangan puak JDT mengkritik mutu pengadilan akhirnya telah membuahkan hasil apabila mereka dikurniakan pengadil berkelas dunia malam semalam.
Pengadil yang sangat adil dan seksama itu bukan saja tak memberi sepakan percuma bila Patrick Ronaldinho jelas dijatuhkan di luar kotak penalti, malah turut melayangkan 3 kad merah kepada pemain PKNS.
Diharapkan mutu pengadilan yang adil seperti ini dapat diteruskan demi pembangunan bolosepok tempatan dalam perlawanan-perlawanan seterusnya.
- JDT II 2-1 PKNS
[caption id="attachment_562" align="aligncenter" width="300"] Patrick Ronaldinho memberi isyarat bagus[/caption]
Harapan besor rakyat Pahang untuk menyaksikan pertembungan Shahzan Muda dan Kuantan FA di perlawanan akhir Piala FA berakhir bila kedua-dua pasukan tersebut main serupa setan.
Mungkin kedua pasukan ini juga perlukan mutu pengadilan 3 kad merah macam yg PKNS kena baru impian besor kita akan terlaksana.
- Shahzan Muda 1-3 Perak
- KL SPA 3-0 Kuatan FA
Kemunduran cabaran pasukan-pasukan dari utara setahun dua ni buat koi rase nak skip reviu game ni.
- Pulau Pinang 1-0 Perlis
Naib juara Piala FA tahun lepas, Felda tumbang di tangan Red Giant menerusi sepakan penalti.
Kasihan pasukan Felda sebab tak berpeluang lagi tengok Pahang julang piala dari jarak dekat mcm tahun lepas.Tengok Pahang julang dari dalam tv je la gayanya tahun ni.. Bertabahlah....
- Felda United 2-2 Selangor (Selangor menang menerusi jaringan penalti 4-2)
Melaka tetap serupa Melaka macam biasa. Letaklah nama Melaka United ke, Real Melaka ke, Melaka Dortmund ke. Takde apa bezanya.
- Melaka united 1-3 Terengganu
Pasukan ATM adalah penanda aras prestasi Matyo dalam kancah bolosepok tempatan. Kalah 3-0 kepada pasukan berdarjat Liga Perdana adalah indikasi jelas Matyo semakin mundur.
- T-Team 3-0 ATM
Lagi kisah hambar dari utara.
Sama macam cerita Melaka. Apa masalahnya pasukan-pasukan kat malaysia ni? Dah tak reti buat nama pasukan lain ke ? Rentikanlah koya nak jadi gaya manchester united.
- Kedah United 0-4 LionsXII
- Hanelang FC 0-1 Kedah
Pun bosan la Sime Darby. Skip...
- PBAPP FC1-5 Sime Darby
This is Pantai timur yeahhhhh.... ! Buaya kena gomo ke?
- Sarawak 1-2 Kelantan
Ni pasukan benda wakil sungai ni ?? Padanlah kaloh. Orang kat sungai ni sedak main kejor-kejor dalam air je. Tapi mula-mula kena undi jentik air dulu.
- Sungai Ara 0-1 MISC-MIFA
Negeri semilan ni mantap nama pasukan dia. Baru gaya berteknologi sikit. Tu sebab menang.
- NS Matrix 2-0 UiTM FC
KL ni ok lah menang sebab lawan pasukan entoh apa-apa. Koi bet diorang kaloh perlawanan seterusnya pusingan tiga nanti.
- MoF FC 1-3 Kuala Lumpur
Mana star liverpool macam yg digembar-gemburkan selama ni. Kalau setakat buat kaloh 0-3 baik tak payoh ambik pemain oversea. Pemain lokal pun boleh buat kaloh segitu. Kaloh lagi besor pun boleh.
- PDRM FC 3-0 Sabah
JDT Vs Pahang
Satu-satunya perlawanan yg belum berlangsung kerana ditunda sehari. Pertemuan dua pasukan bertaraf Asia yg memang ditunggu-tunggu.
JDT memang tak pernah dapat keputusan selain Kalah kalau lawan Pahang di luar Stadium Larkin. Itu fakta yg semua orang dah tahu. Kalau Pahang pergi Larkin ada lagi harapan dapat seri. Tapi bagi JDT luar dari Larkin maksudnya KALAH! KALAH! KALAH! KALAH!
Dua kali kalah di tempat berkecuali. Dan dua kali kalah di Stadium darul Makmur.
Diharap rekod buruk JDT akan diteruskan dalam perlawanan ni.
Mengikut ramalan koi. Keputusan perlawanan ni sama ada Pahang menang 3-2 macam sebelum-sebelum ni, atau perlawanan akan ditunda sebab kucing berak tengah padang.
No comments :
Post a Comment