Surat Terbuka Kepada Fan JDT Yang Ku kasihi Sentiasa...

No comments

Ke hadapan semua fan JDT yang ku kasihi selalu.


Semoga diri kalian dalam keadaan ceria  dan sihat hendaknya, meskipun emosi kalian pasti terganggu akhir-akhir ini dengan berita tumpasnya pasukan kesayangan kalian di kejohanan Piala FA pusingan pertama tempoh hari. Rasanya tak perlu dicakapkan di sini tumpas kepada pasukan apa, kerana kalian memang telah sedia maklum dan acapkali kalah pada pasukan pawer yang satu itu.


Memang perit menerima kekalahan pusingan awal. Aku sendiri pun susah nak gambarkan macam mana rasanya menempuhi saat memalukan mcm tu. Maklumlah, biasanya kami lalui dulu dua-tiga perlawanan sebelum tersingkir. Mesti perit kan...? Tapi tak apalah. Aku tahu kalian memang tabah dan penyabar. Kalau tidak, masakan kalian boleh terus menyokong pasukan yang tak terrer dan hanya memberikan kekecewaan demi kekecewaan saja. Itu bukti kalian memang tabah.


Aku harap kekalahan tersebut dapat merapatkan semula hubungan kita yang agak renggang beberapa tahun kebelakangan ini. Dan tak ada lagi dendam amarah yang dapat memutuskan tali persaudaraan kita. Cuma satu yang aku pinta, akuilah pasukan Pahang memang pawer. Sekali saja, katakanlah kebenaran walaupun ianya pahit.


Bukan sekali dua pahang menang dengan JDT. Dah banyak kali. Sampai aku dah lupa macam mana rasanya masa menang kali ke-3 dulu. Lagi seronok dari kemenangan kali ke-4 atau sedap lagi kemenangan kali ke-5.


Tapi fan JDT tak habis lagi berdalih. Mengatakan pahang menang nasib. Pahang menang sebab FAM. Menang sebab referee. Sebab jadual asal ditunda. Sebab padang. Sebab cuaca. Sebab siaran tv tergendala. 





Tak boleh ke kali ini fan JDT mengakui secara jujur. Pahang menang sebab mereka power. Sebab mereka mengamalkan gaya bolasepak tulen. Sekali je... tolonglah akui hakikat tu. Bukan susah pun kalau di hati kalian masih ada kejujuran....


Aku tahu, kalian mengharapkan Safee Sali buat gol lipat masa lawan Pahang kan? Sebab tu dia diturunkan dalam kesebelasan utama. Tapi Pahang bukan East Bengal. Jangan kata nak buat gol lipat. Nak dapat sentuh bola pun Safee Sali tak dapat. Last-last dia asyik berpura-pura jatuh berlipat-lipat saja mengharapkan simpati pengadil. Dah macam pengemis dah aku tengok dia buat pekerjaaan mintak simpati macam tu. Sudahnya pengadil naik bosan dan kasi dia kad kuning sebab berlakon jatuh dalam kotak penalti Pahang. Sedih memang sedih.


Aku pun tahu Syafiq Rahim tunggu masa je nak meledak gol, lepas tu dia dah stenbai nak berlari ke sudut padang kemudian lompat bintang secara berpusing 180°. Acah-acah Christiano Ronaldo la kononnya. Aku memang biasanya memalingkan muka ke dinding kalau dia buat perangai gitu. Rasa malu sendiri aku tengok. Bagi Syafiq dan fan JDT tak tau la rasa macam mana. Rasa hebat la kot. Syukurlah semua itu tak belaku. Freekick Syafiq last minit mudah saja ditepis penjaga gol Pahang. Penalti Penentuan pun Syafiq tak sempat ambik sebab dah diisytiharkan kalah pada sepakan ke-4 saja. Takpalah. Syafiq boleh simpan je la lompatan ala CR tu untuk game lain yang aku tak tengok. Tak pun kalau dia gian sangat, boleh je dia buat lompatan CR berulang-ulang kali dalam bilik persalinan sambil diucapkan kata-kata galakan oleh rakan sepasukan.


Susah juga nak bercerita perihal perlawanan semalam kerana tak ada siaran langsung di television, tapi dengan sifat ramah dan baik hati pihak penganjur ada juga benarkan fan JDT dalam seribu orang datang ke stadium. Diharap bila mereka pulang nanti bolehlah kiranya mereka ceritakan kehebatan bolosepok Pahang pawer nok mampess ke orang kampung di Johor sana. Jangan lupa ceritakan kehebatan Nor Azzam Azih buat cryuff turn yang hampir membuatkan player JDT terkeliru dan berlaga sesama sendiri. Nasib juga tak tayang dalam TV. Malu betul tengok pemain-pemain senior kebangsaan kena ayam  dengan budok umur 21 je. Through pass bagus, control ball bagus. Senang cerita barisan player malaysia yang main Final Piala AFF semua ada atas padang ni tapi yang mendominasi bahagia tengah padang cuma Azzam Azih ni je. Katanya budak kelahiran Pahang dia tu. Bukan kutip-kutip dari tempat orang ikut suka. Memang produk Pahang Tulen.


Sebenarnya kalau hubungan antara Pahang dengan JDT tak sekeruh sekarang, mahu juga aku bertukar-tukar fikiran dengan fan JDT. Nak tanya mana lagi perit antara kalah come back dengan kalah penalti. Tapi aku simpan je soalan tu dalam hati, sebab takut kalian ingat aku sarkastik. Tapi aku syak, kalah penalti lagi perit. Sebab biasanya lepas kalah penalti mesti player JDT menangis tengah padang. Padahal bukan menang dapat piala pun, baru peringkat awal je.


Untuk makluman kalian juga, semalam adalah kemenangan pertama Pahang ke atas JDT pada hari Isnin. Dengan koleksi kemenangan hari Jumaat, Ahad dan Selasa sebelum ini, sangat diharap sekutu Pahang yang paling utama iaitu FAM dapat ejas jadual pertembungan PHG-JDT seterusnya pada hari Rabu, Khamis dan Sabtu pula. Biar lengkap seminggu genap.


OK, lah. Sampai di sini dulu coretan kali ini. Assalamualaikum.


Yang benar dan jujur,


.prevsig

Pecah kaca, Pecah gelas,
Sudah baca, Harap balas...

 

 

No comments :

Post a Comment