Pahang Singkirkan 11 Pemain Kebangsaan Dalam Piala FA

No comments

Kuantan: Dengan gaya bersahaja Pahang berjaya menyingkirkan JDT yang rata-rata dibarisi pemain kebangsaan dalam saingan Piala FA melalui sepakan penalti benar-benar di hadapan penyokong bola subsidi dari Selatan 4-2. Kemenangan Pahang ini sekali lagi membuktikan JDT tidak pandai menggunakan kelebihan yang ada dan cuma pandai bercakap di sidang media atau pun media sosial.


Perlawanan pada masa sebenar terikat 1-1 dengan gol pembukaan dijaringkan oleh Matias Conti, penyerang sensasi Pahang yang sebelum ini bermain dalam liga antara pekan / kejiranan di Buenos Aires. Namun semasa perlawanan berbaki 10 minit, pemain kebangsaan Singapura, Hariss Harun berjaya menyamakan kedudukan lalu mengheret permainan ke masa tambahan seterusnya ke penentuan sepakan penalti.


Dalam penentuan penalti itu Figueroa, penyerang JDT yang pernah beraksi untuk Argentina, River Plate, Villarreal, Boca Juniors dan Panathinaikos ditepis sepakannya oleh Khairul Azhan yang bermain di Liga FAM selama dua musim sebelum tak sengaja terpilih sebagai penjaga gol utama Pahang. Tepisan Khairul Azhan itu membuatkan hampir 1000 penyokong JDT mencarut bukan bukan terhadap Pahang.


Tamat perlawanan, penyokong Pahang start motor kereta dan balik rumah macam biasa. Yang mana lapar, pergi makan. Yang mana rindu makwe, on whatsapp. Takde apa sangat sebab baru pusingan pertama Piala FA.


Sementara itu Safee Sali macam tak main.


Sekian berita ringkas dari BOLOSEPOK. Majulah sukan seiring bangunan sukan.

No comments :

Post a Comment