Falsafah Sepok Bolo Kita

No comments

"Akar kuat, otok sihat, bolo hebat!" - HAMKi



Sebenarnya pembangunan akar umbi ni penting dalam bolosepok. Kalau nak bercakap pasal akar umbi kita bercakap pasal kampung. Di Pahang di setiap kampung ada JKKK ( Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung). Di sini izinkan aku menyebut beberapa tugas JKKK.



1. JKKK sebagai badan perancang penentuan strategi dan pelaksanaan program atau projek pembangunan di dalam kampung 


2. JKKK menentukan senarai keutamaan projek projek pembangunan di dalam kampung.


3. JKKK sebagai badan penyelaras pelaksanaan program program dan projek projek pembangunan di dalam kampung.


4. JKKK sebagai badan yang menilai kemajuan pelaksanaan program program dan projek projek pembangunan di dalam kampung.


5. JKKK adalah sebagai mata dan telinga Kerajaan di peringkat kampung yang melapurkan segala musuh negara saperti anasir anasir komunis, subersif,anti-national, kemasukan pendatang haram, penyeludupan, kegiatan salah penggunaan dadah, kegiatan penyelewengan pengajaran agama Islam kepada pihak berkuasa atau Pegawai Daerah.


6. JKKK adalah sebagai badan perantaraan / perhubungan dua hala di antara wakil rakyat dan pegawai Kerajaan dengan penduduk penduduk kampung.


7. JKKK menjadi badan penggerak dan berkeupayaan mengembeling tenaga, sumber pembangunan dan perubahan sikap masyarakat di peringkat kampung untuk tujuan mempertingkatkan lagi daya pengeluaran.


8. JKKK hendak lah menyimpan segala rekod rancangan pembangunan fizikal dan masyarakat di dalam kampung dengan mengadakan Bilik Gerakan Kampung yang di lengkapi dengan data, peta, carta dan lain lain mengenai kampung.



Sekarang ni kat mana pembangunan bolosepok dalam JKKK? Takada. Sekitar tahun 2009/2010 aku pernah mencadangkan didalam sebuah blog tentang peranan besar JKKK sebagai pemankin gerakan Sukan Massa atau Sukan Untuk Semua di Peringkat Kampung. Sebenarnya dalam JKKK dah ada AJK Sukan tapi dinamakan AJK Belia dan Sukan dan biasanya pengerusi belia kampung yang jadi AJK Belia dan Sukan dalam JKKK. Namun sayang aku sendiri tak tahu kenapa dalam sesebuah organisasi seperti JKKK dan juga persatuan belia Biro-Biro yang wujud gagal bergerak dengan baik. Jika gagal bergerak macam mana nak menggalakan masyarakat akar umbi/kampung menjadi sihat sejahtera?


FAM adalah badan gabungan daripada FA Negeri dan FA Negeri mempunyai gabungan dari FA daerah tetapi FA Daerah ni badan gabungan dia bende? Sejauh mana FA Daerah dalam menggerakkan Pembangunan bolosepok di Peringkat daerah? Macam Lipis ok. Kita ada Persatuan Bolasepak Lipis yang boleh dikatakan aktif dan melalui penglihatan aku mereka giat memaklumkan aktiviti mereka melalui FB. Korang punya FA macam mana? Ke korang tak tahu? Ok izinkan aku berkongsi peranan-peranan persatuan sukan yang sepatutnya di ikuti seperti mana dalam perlembagaan persatuan. Ini cuma contoh.




  • Fungsi Persatuan antaranya seperti berikut:



  • bertindak sebagai badan perwakilan di peringkat daerah   _______ bagi sukan ________;

  • membangun, mengendali, mempromosi dan mengurus sukan di daerah __________;

  • menafsir dan melaksana peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh badan kebangsaan dan negeri;

  • mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan peraturan dan undang-undang sukan __________ dikalangan ahli yang terbabit;

  • mengendalikan kursus, latihan, pembangunan atlet, kejurulatihan, kepegawaian dan sukarelawan;

  • menganjur atau membantu penganjuran dan menjadi tuan rumah pertandingan bagi sukan ________ diperingkat daerah. Bagi penganjuran di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa, Persatuan hendaklah mendapat kelulusan daripada badan pengelola / perwakilan;

  • menyelesaikan apa-apa isu atau konflik yang melibatkan ahli-ahlinya termasuk pegawai dan pemegang jawatan dalam Persatuan;

  • mengekalkan hubungan baik dengan badan pengelola / perwakilan dan badan-badan sukan atau agensi yang lain di peringkat daerah;

  • Memastikan prosedur pemilihan ahli sukan, pegawai, jurulatih dan mana-mana orang lain untuk mewakili daerah _________ dalam sukan _____________ adalah terbuka dan adil;

  • memastikan setiap program dan aktiviti dilaksanakan berlandaskan perlembagaan dan peraturan-peraturan di bawahnya;

  • memastikan perlembagaan dan peraturan Persatuan dipatuhi oleh semua ahli;

  • Memastikan laporan aktiviti dan akaun kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan sebelumnya disediakan;

  • memastikan kegiatan amal atau perniagaan yang dijalankan bagi menambah kewangan persatuan tidak bercanggah dengan undang-undang negara; dan

  • memastikan semua keuntungan yang diperolehi oleh Persatuan melalui apa-apa perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk meningkatkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat Persatuan ini. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang pembayaran gaji atau perbelanjaan kepada ahli atau pekerja persatuan ini. Persatuan juga boleh menubuhkan syarikat perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung Kewangan Persatuan.


Ingat kawan-kawan akar umbi yang kuat akan melahirkan otak dan pasukan bolo yang hebat. Ayuh majukan JKKK dan FA anda!

No comments :

Post a Comment