Musim Baru ; Cabaran Baharu. Jersi Baharu ; Semangat Baharu.
Pada 31 Januari, Liga Super akan kembali dengan perlawanan Piala Sumbangsih yang melibatkan pasukan Pahang menentang JDT di Stadium Larkin. Pasukan juara di hati rakyat bertembung dengan pasukan juara akaun bank. Piala Sumbangsih ni kalau dekat luar negara lebih bersifat eksibisyen dan pemanas badan sebelum liga sebenar bermula, tetapi di Malaysia ia dikira sebagai perlawanan pertama untuk liga bagi pasukan terlibat. Justeru perlawanan ini adalah penting memandangkan permulaan yang baik dalam liga akan meningkatkan momentum dan moral pemain dan penyokong.
Pahang pada musim 2015 ini masih mengekalkan pasukan yang rata-rata terdiri dari pemain yang sama pada 2014. Tidak banyak perubahan. Pahang tidak bergiat aktif pada musim permindahan memburu pemain baru. Scout semua rilek-rilek cuti mengangkang dekat rumah. Pihak pengurusan dan Zainal masih percaya dengan kemampuan pemain yang sedia ada. Walaupun pada tahun ini, jadual perlawanan semakin padat dengan penyertaan Pahang dalam Liga AFC.
Hanya dua pemain tengah iaitu D Saarvidran (Harimau Muda) dan Mohd Rizua Safiq (Kuantan FA) serta seorang pemain pertahanan, Mohamad Ab Aziz Ismail (Kelantan) dibawa masuk. Kita semua maklum akan kes Gary Steven Robart yang pada mulanya bersetuju untuk sign dengan Pahang, tetapi akhirnya jadi memilih jalan hitam. Tak, aku tak buat lawak rasis ye. Tidak ramai juga pemain meninggalkan pasukan Pahang. Semua yang berura-ura nak blah terus membuat pusingan U selepas menang Piala Malaysia. Kecuali Faizol Hussein yang memilih JDT 2 untuk meneruskan karier. Ini akan aku kupas kendian.
Pada aku barisan Pahang yang memenangi Piala FA dan Piala Malaysia tahun lepas bagus, bukan tak bagus. Tapi masih ada ruang peningkatan. Lebih-lebih lagi melihat akan sasaran Zainal untuk membawa Pahang menjejakkan kaki ke perlawanan akhir Piala AFC. Tinggi betul cita-cita Zainal ni. Mahu menitis air mata aku tengok Poyeng main final, lepas tu tumbuk perut Pak Arab kelab Kuwait.
Untuk bersaing dalam liga tempatan, pada aku takde masalah sangat dengan kesebelasan sekarang. Keupayaan pemain baik pemain tempatan atau pun import tidak terlalu berbeza. Kau belilah seberapa banyak pun pemain bintang tempatan dan scoutlah seberapa banyak pun pemain import dari liga sekitar Asia Tenggara, keupayaan setiap pasukan tetap seimbang. Ini adalah kerana game play dan corak permainan pasukan tempatan yang bermain seperti tiada taktik ; long ball dan clear ke atas serta teknikal pemain yang masih lemah ; tahan bola jauh dari kaki dan passing ikut dan masih tidak berubah. Sebab itu Pahang tahun lepas boleh jadi juara walaupun pemain mereka bukan bertaraf bintang. Kelebihan mereka dari pasukan lain ialah semangat juang yang tinggi dan bermain seperti satu keluarga yang besar. Ini aku petik kata-kata Zainal sendiri.
Namun untuk layak ke perlawanan akhir Piala AFC, Pahang memerlukan pemain baru power yang berupaya untuk boost moral pemain dan meningkat depth dalam pasukan. Pembelian pemain baru terutama pemain import memberi penyataan yang Pahang serius untuk mencabar dan memberi komitmen terhadap kejohanan tersebut. Semangat juang dan nilai kekeluargaan yang tinggi je tak cukup brader. Bermain di luar negara menentang kelab-kelab yang tidak pernah ditentang sebelum ini feel dia lain. Atmosfera stadium, keadaan padang, jadual permainan yang padat, keletihan akibat perjalanan jauh dan banyak faktor lain perlu diambil kira. Korang ingat Azidan larat ke hari Sabtu main dekat Darulaman, hari Ahad balik Kuantan, Isnin gerak pergi Hanoi, Rabu balik Kuantan semula, lepas tu Jumaat gerak pergi Singapura pulak? Penat brader. Dia main dalam keadaan tak penat pun tanduk pejam mata, apatah lagi main dalam keadaan penat.
Orait bercerita tentang kes Gary Steven Robart dan Faizol Hussein pulak, pada aku semuanya atas faktor otak. Main bola ni kena ada otak yang boleh berfungsi dengan baik dan tak terencat. Gary ni pada aku otak diperbuat dari sabut kelapa. Beliau pada awalnya dikatakan telah menandatangani pre-kontrak dengan Pahang. Siap keluar gambar pakai jersi dan tunjuk isyarat bagus lagi. Alih-alih lepas Piala AFF keluar pulak berita dia sign dengan JDT. Ada otak ke tidak dia ni? Dia macam kau pergi mamak, pelayan datang tanya order, kau mintak nasi goreng ayam. Lepas kau duduk kejap, datang sorang lagi pelayan tanya "dah order belum?", kau cakap belum dan order pulak megi goreng. Lepas tu bila sampai nasi goreng ayam dengan megi goreng serentak, kau tak mengaku kau ada order nasi goreng ayam tadi. Last-last dah kelahi, tokey mamak tu suruh kau bayar dua-dua makanan dan kendian ban kau dari kedai dia selama 3 bulan. Kah kah kah perumpamaan aku, suka hati aku la.
Kes Faizol pulak aku ingat macam ni. Satu malam tu, Faizol, Razman, Hafiz Kamal dan Koji lepak minum dekat Coffee Street. Lepas borak pasal gaji sikit, kutuk PBNP sikit, semua sepakat nak blah dari Pahang musim 2015. Kendian Faizol minta diri ke tandas. Razman, Hafiz Kamal dan Koji terus give me five sebab berjaya perdaya Faizol. Padahal diorang memang tak suka sangat Faizol. Jenis lepak tak abis-abis cerita pasal gol rembat jauh dia masa final Piala FA. Akhirnya Faizol jela bengap pergi sign kontrak dengan JDT 2 senyap-senyap tanpa beritahu pihak pengurusan. Bila dah sign, dia pun tanya la Razman,Hafiz Kamal dengan Koji, "korang bila nak sign kontrak dengan team pilihan korang?". Semua buat-buat tengok telefon. Terkulat-kulat la Faizol sambil ajak Alex teman pergi jumpa Tengku Muda dengan mata bergenang. Kah kah kah bangang punya Faizol.
Aku akan bercerita sikit pasal taktikal dan formasi Pahang untuk musim 2015 pada entri yang akan datang. Sementara itu, korang rilek-rilek dulu usha jersi baru Pahang. Boleh tahan la smart kalau aku pakai. Menda orang cakap orang smart ni pakai menda pun smart ye dak. Ada sekali tu aku pakai t-shirt kolar dah kembang dengan jeans koyak pergi minum pun, orang kampung tegur "woi artis, bila balik?" Kah kah kah. Ciao.
Bergaya dengan jersi baru. Azidan ni mok dia tak maroh ke rambut warna kuning ni?
Gambar kredit : https://khairulazrin.wordpress.com
No comments :
Post a Comment