Syabas utk Kelantan... Salute utk Pahang sebab waras tak merusuh nak bakar stadium dan keluar FAM

 
Skuad Pahang boleh saja mengerah segala kudrat yang mereka ada.
Mereka boleh memberikan segala energi yang masih tersisa untuk menamatkan cabaran sebagai juara.
Tapi kita realistik.
Kemampuan fizikal manusia adalah terhad.
Ada limit dan ada batasan.

Pahang secara jantan telah menyahut cabaran jadual ketat FAM tanpa rungutan dan bebelan. Kita harungi saingan dalam dan luar negara sebagai amanah yang mesti dipikul pemain bolasepak profesional. Tapi kita belum berani mengaku sebagai blueprint bolasepak alam semesta.

Kita memuji barisan serangan Kelantan yang berjaya menekan benteng Pahang sehingga berjaya mereka robohkan di lewat minit-minit kecederaan. Mereka memang berhak bermain di pentas perlawanan akhir, serta menjadi sandaran buat mengekalkan Piala FA di Pantai Timur buat kali ke6 berturut-turut.

Pahang seharusnya berpijak di bumi nyata. Kita tak perlu bakar stadium dan mengugut keluar dari FAM hanya kerana sekali tewas. Atau mengugut keluar dari Malaysia kerana berkali-kali meraih kegagalan. Itu adalah tindakan loser. Sebaliknya kita harus bangkit dan belajar dari kesilapan kita.

Analisis pertemuan Pahang dgn kelantan di Kota Bharu. Perlawanan yg berkesudahan 3-1 dan sekaligus menyingkirkan cabaran pahang secara aggregat 3-2.

Kelantan mendapat lebih kelebihan kerana beraksi di tempat sendiri. Dan mereka juga mendapat kelebihan kerana waktu rehat yang lebih panjang berbanding Pahang yang baru berberapa hari pulang dari Filipina utk perlawanan Piala AFC. Secara matematiknya, skuad Tok Gajah bermain lebih 6 perlawanan kompetitif berbanding pasukan The Red Warriors sepanjang tahun ini.

Kelantan sekali lagi mendapat kelebihan dari tindakan sia-sia Alex yang menyigung muka pemain lawan dalam situasi offball, tindakan yang boleh kita sifatkan sebagai sangat-sangat tak profesional. Kad merah yang dilayangkan untuk Alex membuatkan pemain Pahang terpaksa memeras lebih banyak energi untuk bersaing dengan kekurangan pemain. Matt Davies patut dipuji kerana berjaya menampung kekosongan Alex di bahagian serangan kanan selain mengekalkan peranannya sebagai pemain pertahanan.

Sebenarnya bermain 10 orang bukan masalah besar bagi pasukan berpengalaman seperti Pahang. Kita melihat pasukan Pahang dapat mengimbangi kekurangan itu dengan baik dari segi menyerang mahupun sewaktu bertahan. Malah kesemua 10 pemain ini bermain dengan sangat-sangat baik dan layak mendapat kepujian.

Turun ke gelanggang untuk mempertahankan kelebihan 1 gol, Pahang ternyata memilih untuk mengasak sejak awal permainan, mereka mahu mencari gol awal bagi meranapkan terus semangat melawan The Red Warriors. Walau tampak seakan menguasai perlawanan, tapi akibat kesilapan pertahanan, mereka sendiri yang bolos lebih awal. Gol pembukaan Kelantan di minit 17 membuatkan saingan menjadi terus terbuka luas.

Tragedi kad merah Alex di minit ke 30 bukan membuatkan Pahang makin lemah, tapi sebaliknya menjadikan pasukan Pahang semakin tersentap untuk menggandakan mutu persembahan masing-masing. Kerap kali berjaya mencipta peluang tapi dipersia-siakan terutama tandukan liar Conti depan pintu gol yang seluas dunia.

Memulakan separuh masa kedua, Pahang berjaya mencetak satu gol hasil hantaran Nwakaeme kepada Gopi. Seakan cuba lebih berhati-hati, Gopi kali ini lebih tenang dan tidak lagi mengikut perasaan seperti aksi perlawanan semi final pertama di Kuantan.

Kedudukan 1-1  itu membuatkan Pahang dalam keadaan sangat selesa untuk ke Bukit Jalil. Kelantan harus mencari 2 gol. Pasukan Pahang mula memperlahankan permainan dan membentuk sebuah unit bertahan yang agak baik.

Penjaga Gol kita, Yan juga bermain cemerlang. Gopi walaupun membuat larian-larian serangan yang merepek sepanjang perlawanan, tapi dia tampak turut serta membantu sewaktu bertahan. Conti juga nampak berguna kalau didropkan ke belakang lagi daripada Nwakaeme sewaktu bertahan. Dengan adanya dia menunggu di bahagian yang agak terkebawah,  pemain pertahanan boleh melorongkan bola kepada dia dan tak perlu lagi membuat clearance sia-sia seperti waktu bertahan bertemu dengan Global FC. Sekaligus mengelakkan pasukan pahang diserang bertali arus.

SAF_8390

Kemasukkan  Iwuji Amamchi pada minit ke 70 ada titik tolak kebangkitan Kelantan. Jurulatih mereka Azraai Khor ternyata bertindak bijak apabila menurunkan pemain yang mempunyai speed di hujung saingan sewaktu pemain Pahang semakin lesu dan keletihan.

Iwuji Amamchi tak menunggu lama untuk dirasai kehadirannya apabila mudah mengatasi Poyeng dan meledakkan gol di bahagian kanan. Peluang kelantan tiba-tiba menjadi kembali terbuka. Dengan baki saingan 10 minit itu Pahang kembali membuat formasi tunggu bas di stesen pekeliling. Mereka mula beratur depan gol sendiri dan membuatkan imej mereka saling tak tumpah macam liang kubur yang dilengkapi dengan batu nesan.

Percaturan Zainal ini makin tak masuk akal bila memasukkan Kojie dan Azidan dalam usaha untuk bertahan. Tak tahu apa fungsinya kemasukkan Kojie tu selain dari berjaya melambatkan perlawanan selama 1 minit. Dan ketika perlawanan dah sangat hampir menuju wisel penamat, sekali lagi Iwuji Amamchi datang dari belah kanan. Sama seperti larian andik semasa kita bertemu dengan Selangor tempoh hari. Kita sekali lagi disajikan dengan larian deras lawan di celah pemain-pemain kita yg dah tua dan dalam keletihan. Di situlah gol yang membuatkan Piala FA terlucut dari genggaman.

Tak ada apa lagi yang harus dikesalkan. Pemain telah cuba memberikan segala-galanya tapi masih belum memadai. Terima kasih Pahang, terima kasih Nwakaeme, terima kasih Gopi, terima kasih Zesh Rahman.....dan untuk Alex, terima kasih banyak-banyak.

Dengan tercicirnya 2 piala ini. Maka kita juga dalam laluan yang sangat-sangat sulit untuk membuktikan sesuatu di pentas Piala AFC. Harapan tak banyak sangat disandarkan untuk lolos. Tapi kita masih lagi teratas di saingan Liga Super. Itu bakal menjanjikan sesuatu sekiranya pasukan kita kekal konsisten. Dan peluang untuk beraksi di pentas Asia tahun depan masih lagi tenganga luas.

Dan satu lagi cabaran terbesar kita tahun ini pastilah Piala Malaysia. Ya, kita bersedia melepaskan apa-apa piala pun tapi bukan Piala Malaysia. Tiada yang lebih indah selain muncul juara Piala Malaysia 3 kali berturut-turut. Dan kita berpeluang melakukannya tahun ini. Hanya Selangor, Singapura dan Kuala Lumpur saja pasukan yang pernah melakukannya. Dan tahun ini mungkin giliran kita.

Pesta Yang Tertunda

 

Sudah menjadi tradisi turun temurun bagi pasukan Pahang, setiap kali menjadi juara, piala-piala yang dimenangi itu akan diarak ke setiap daerah-daerah di negeri Pahang.

Ini bertujuan supaya pemain-pemain bolo Pahang dapat berkongsi perasaan eksen bersama-sama penyokong mereka. Dan para penyokong itu pula akan menunjuk eksen kepada para penyokong pasukan-pasukan kecundang dan penyokong-penyokong kecewa.

Hubungan chemistry antara pemain dan penyokong Pahang saling menunjuk eksen ini adalah satu isyarat betapa bertuahnya lahir di negeri yang bolosepaknya pawer seperti Pahang.

Sejak dahulukala, di petandingan bolasepak zaman pendekar, pasukan Pahang Inderapura ketika itu telah seringkali menggondol Piala Kerajaan Negeri-Negeri Melayu  yang sangat berprestij pada ketika itu. Setiap kali menang, para pemain akan diusung atas belakang gajah dan diarak ke seluruh daerah di negeri Pahang. Kadang-kadang berhanyut menaiki rakit ke penempatan pekan-pekan purbakala persisir sungai seperti Chenor, Pulau Tawar, Tembeling. Mereka sering disambut meriah dengan jamuan makan-makan dan di waktu malamnya ada pertunjukkan meriam buluh serta persembahan tarian joget Pahang.

Ketika era  pascamerdeka , tradisi perarakan menyambut juara ini diteruskan setiap kali Pahang berjaya menjulang Piala Malaysia. Kadang-kadang pihak Persatuan Bolasepak Negeri Pahang menyewa lori JKR bagi memunggah player-player sambil diekori jutaan penyokong mereka. Di situlah kita dapat melihat wajah-wajah kepuasan. Seluruh rakyat Pahang berwajah puas kerana mutu bolesepak negeri mereka pawer nak mampess. Makwe-makwe beratur di tepi jalan, mengenyit mata  sambil melambai-lambai ke arah pemain-pemain Pahang.

10428546_410455639141970_4599035321352682690_n

Masih ingatkah tahun lepas?
Skuad Tok Gajah menutup kalender 2014 sebagai pasukan paling unggul setelah membolot tropi Piala Malaysia dan Piala FA. Lebih manis lagi, Piala Sumbangsih yang dimenangi mereka pada perlawanan pembukaan Liga Super menentang Lions XII turut sama menjadikan koleksi piala kita berlapis-lapis macam mangkuk tingkat. Waktu itu poket Pahang FA bukannya penuh dengan duit, tapi penuh dengan piala.

unnamed

Tapi sayang seribu kali sayang, Bah Kuning yang melanda wilayah Pantai timur telah turut sama melanda negeri Pahang. Secara tak langsung, ia turut merencatkan siri jelajah Piala treble SkuadTok Gajah bersama rakyat. Saat bahagia yang sepatutnya diraikan itu disentap oleh bencana alam. Tapi rakyat Pahang redha dengan ketentuan Ilahi...

Di luar jendela sebuah sekolah penempatan mangsa banjir, kelihatan seorang komrad EA membuang pandangan kosong dengan wajah hiba, di tangannya ada suar yang telah basah terendam air. Jiwanya terguris sebab upacara perarakkan Piala Malaysia tergendala tahun ini. Begitu juga nasib dua orang sahabat di kantin sekolah yang seharian diam seribu bahasa, sepeket kuaci yang terlantar di antara mereka haram tak disentuh, mereka hilang selera makan kuaci mengenangkan pembatalan perarakkan tersebut. Telah 3 bulan mereka merancang untuk bergambar dengan piala berkembar tiga, tapi kini semua impian mereka sudah hancur.

Lagu Azie yg berjudul 'pelamin anganku musnah' yg sedang berkumandang di pusat penempatan banjir tersebut sedikitpun tak dapat memulihkan semangat mereka yang telah pudar. Makcik yang memasak gulai sardin di dapur pun tak lagi menunjukkan airmuka yang ceria. Sehinggalah seorang pakcik tua yang bertubuh kurus yang sudah dua hari tidak makan dan minum itu tiba-tiba berdiri sambil menggenggam erat mafla Pahang FA seraya menyanyikan lagu 'Ayuh, ayuh tok gajahku...' dan disambut oleh semua penghuni pusat penempatan banjir tersebut. Mereka bernyanyi bersama-sama sambil berlinangan airmata.

Sedar tak sedar, sesudah bencana banjir berakhir, salah satu Piala dalam Gengaman Pahang iaitu Piala Sumbangsih telah dihanyut air banjir. Katanya hanyut ke Selatan. Maka terlepaslah peluang untuk rakyat Pahang bergambar dengan Piala berkembar 3 utk tahun 2014.

Malam besok, satu lagi Piala dalam koleksi kita bakal terhanyut andai tersilap percaturan. Misi yang amat sukar di Kota Bharu. Semoga barisan pahlawan-pahlawan Pahang akan bermain bersungguh-sungguh demi mempertahankan Piala FA dan sekaligus menggembirakan jutaan penyokong Pahang yang tidak sabar lagi untuk berarak bersama piala berganda-ganda tahun ini..

[caption id="attachment_850" align="aligncenter" width="300"]piala-fa-2015 Piala FA[/caption]

Global FC serang guna Roket, Pahang menangkis Guna Rakit

Screenshot_3
Ia seharusnya menjadi sebuah duel yang sarat tragedi,
Perkelahian klasik yang tak terkendali,
Nyawa menjadi taruhan
Dua kelompok manusia gasar bertempur demi survival. 
Mayat-mayat rebah bergelimpangan.
Sehinggakan sungai yang mengalir menjadi merah.
Di setiap sisi kau berpaling, kau hanya melihat percikkan darah..
Getir..

Tapi tidak.. bukan itu yang berlaku.
Sebaliknya pertembungan hidup mati di antara Global FC menentang Pahang FA ini tak ubah seperti melepaskan dua ekor ayam daging ke dalam gelanggang laga ayam.
Dan kita mengimpikan untuk melihat taji ayam daging sambar menyambar.
Sampai ke titik penamat pun, ternyata impian kita berakhir sia-sia.

Secara keseluruhannya, sejak awal Global FC  tanpa segan silu memperagakan keghairahan mereka memburu gol. Mereka kontrol permainan dan berhasil mencipta berberapa gerakan. Tapi di bahagian penyudahnya, kita dihidangkan dengan rembatan player-player lutut kembang yang entah ke mana hala tujunya.

Pahang pula turun dengan barisan pemain yang disusun dalam formasi menunggu bas di stesen pekeliling. Nampak seakan cuba bertahan, tapi mereka tak tahan apa-apa pun. Pemain Global FC boleh masuk keluar suka-suka je ke dalam kawasan kubu Pahang.

Sepanjang karier koi sebagai penyokong tegar bolosepok Italy, koi secara terbuka mengatakan gaya permainan bertahan Pahang adalah yang paling merepek yang pernah koi jumpa. Terutama bahagian clear bola tanpa guna akal fikiran tu, dalam tempoh 10 saat, bola akan kembali ke pihak lawan dan kita akan bertahan lagi, kemudian kita buat balik perangai clear macam tak pernah belajar dari kesilapan terdahulu, dan akhirnya kita akan ditekan dan ditekan dan ditekan sampai terpersuk masuk dalam kubur yang digali sendiri. Nasib baik je Global FC tak sempat tunjal kita masuk kubur tu. Kalau dalam falsafah bolosepak Italy, bola yang dirampas sewaktu bertahan akan dihold sekejap dan serta merta susunan bertahan mereka akan berubah ke posisi menyerang.

Gaya permainan bertahan Greece yang mengharap set-piece mungkin layak dikatakan gaya defensive paling pondan di dunia, dan gaya bertahan Chelsea adalah yang paling tak bermaruah. Setidak-tidaknya gaya bertahan ala-ala Paraguay tampak lebih bertamadun cuma saja mereka belum mencapai apa-apa trofi yang layak dibanggakan hasil dari gaya permainan mereka yang cenderung bertahan tu.

Tapi kenapa tak ambil gaya bertahan Costa Rica sebagai model? Mereka bertahan penuh disiplin dan hanya bersandarkan pada 2 atau 3 pemain untuk melakukan counter-attack yang pantas dengan hantaran bijak dan tepat. Berbanding Zainal yang membazir, meletakkan pemain-pemain offensif yang takde connection dengan pergerakan bola. Cuma nampak kelibat mereka berjogging ke hulu ke hilir tanpa matlamat. Baik awal-awal letak saja pemain-pemain bermentaliti defensif mengawal bahagian tengah. Ambil saja model defensif dua layer macam Greece. Takde lah diserang bertalu-talu macam tadi. Orang lain kalau bertahan , pasukan lawan kontrol bola tapi jadi buntu tak boleh membuat percubaan. Pahang punya bertahan setiap kali lawan bawak bola, konfem boleh try.

Dah lah.. malas lah cerita. Karang terbongkar pulok taktik koi yang bertaraf piala dunia tu. Bab taktik standet level-level Asia ni aok semua cari dalam portal bolasepak lain je la.

[caption id="attachment_835" align="alignnone" width="300"]DSC_0956 ayam ayam ayam ayammmmm[/caption]

 

Kita adalah Pahang dan Pahang adalah kita

Pujangga Inggeris pernah menyatakan,
"Merampas kejuaraan itu lebih mudah daripada mempertahankannya..."

Dan begitulah situasi yang menjadi masalah utama yang dihadapi pasukan Pahang FA akhir-akhir ini.

Suatu ketika kita tampil dengan status underdog, kita nodai satu demi satu pesaing kita. Kita rentap keegoan mereka, kita calarkan kemegahan mereka. Kita contengkan arang ke muka pasukan-pasukan takbur yang memandang rendah keupayaan kita.

Tapi saat-saat itu sudah berlalu. Setelah menggungguli pelbagai piala dalam tempoh 2 tahun, setiap lawan sudah siap waspada. Mereka sentiasa menganggap Pahang sebagai seekor rasaksa hodoh yang menghalang cita-cita besar mereka.

Mentaliti para penyokong Pahang juga sudah jauh berubah. Mereka sentiasa menganggap skuad Tok Gajah itu sebagai sebuah skuad Superman yang kebal dan berkuasa luarbiasa. Sekumpulan lelaki-lelaki superheroes dalam persalinan kuning yang sewenang-wenangnya boleh melempang muka musuh sebagai hobi masa lapang.

Dan di situlah masalahnya. PAHANG BUKAN SUPERMAN.

 

Dalam mentaliti penyokong, Pahang adalah sebuah pasukan yg wajip membelasah 7-0 tak kira pasukan apa pun yang menjadi lawan mereka di padang. Dan Pahang juga mesti mengawal bola dengan penguasaan 95% ball possesion dengan hantaran penuh skill tiki taka dan bergerak sekali ganda lebih pantas dari Real Madrid.

Tapi realitinya, Pahang adalah sebuah pasukan biasa-biasa je dengan prestasi turun naik tak konsisten. Dan kebanyakkan piala dicapai dengan gaya permainan one route football yang langsung tak menghiburkan.

Kadang-kadang kita sebagai rakyat Pahang harus belajar menerima Pasangan kita seadanya, maksud koi pasukan kita seadanya.

10678630_825546027534456_3754202708271029471_n

This Is Pantai Timur : Siapa Boss? Siapa Barua?

download

Koi teringat isu This Is Pantai Timur dulu-dulu.
Kes fan Terengganu taknok sapot dengan alasan kononnya Kelantan cuba nk jadi ketua
Sebab tu letak bendera kelantan kat tengah..

Apa kata kita buat cabaran secara terbuka sesama pantai timur..

Pasukan mana yg menang Piala FA 2015 ni, dia akan jadi big boss kepada This Is Pantai Timur..
Maka bendera dia lebih besar dan logo dia letak kat tengah.

Team yg kalah dalam perlumbaan merebut Piala FA ni secara automatik akan pegang gelaran 'barua pantai timur'
Maknanya bendera negeri dia kena kecik sikit
dalam susunan mengapit bendera boss besar.
Ibarat posisi pak pacak, pengawal pintu istana ..

Agak-agak fan Pantai Timur lain berani tak sahut cabaran Pahang pawer nak mampess ni...

Semua pemain Pahang berpijak di bumi nyata, Gopi sorang je otak tertinggal kat planet lain

Jujur koi tak terkejut pun dengan kemenangan nipis 1-0 Pahang ke atas kelantan di Stadium Darul Makmur. Malah, koi dah ramalkan dalam post sebelum ni supaya pembaca setia portal Bolosepok pun tak rasa terkejut.
Pahang yang bakal turun dalam persalinan emas itu dijangka menang tipis 1 atau 2 gol. Tapi akan membuat kejutan dengan permainan lebih tersusun luar jangkaan semasa perlawanan kedua di kota bharu nanti.

Koi cuma akan terperanjat kalau di Kota Bharu nanti Pahang gagal melunyaikan cabaran pasukan The Red Warriors dengan kemenangan bergaya. Sebab pada malam 16, mei 2015 itu,  koi dan seluruh rakyat Pahang dijangka akan mengupdate status-status FB dan twitter dalam nada angkuh yang tak terhingga.

Kemenangan 1-0 di Darul makmur ni bukanlah seburuk mana. Cuma kalau kita terkenangkan pembaziran peluang-peluang terbuka, sebak juga dada menahan perasaan.

Bila dikenangkan Gopi tapping menyeleweng walaupun depan gol ternganga luas tu nok menitik air mata rasanya. Ditambah lagi Dickson Nwakaeme yg digelar Lionel Messi Pahang siap drible 3 pemain pertahanan Kelantan, passing ke Gopi haram disambut, rupanya Gopi tengah berangan.

Siri kegampangan Gopi paling ketara masa pintu gol yang dah terkangkang luas, dia tendang bola ke atas menghala ke planet kampung dia. Dia kan kononnya bukan orang bumi. Alangkah eloknya kalau malam tu Matt Davies rembat bolo ke kepala Gopi bior dia ada akal balik jadi penduduk bumi. Matt Davies pun boleh tahan bangangnya, seluas-luas padang tu, rembat ke pemain sendiri je dia reti.

Azzam azih gelecek dua tiga orang lepas tu depan keeper sepak merata. Zesh Rahman gagal bersaing dengan kojie bolo tinggi.Semuanya dalah lambang kepincangan Pemain Pahang memanfaatkan peluang menjaringkan gol.

DSC_2119

Tapi keseluruhan separuh masa pertama, Pahang telah bermain dengan cara yang koi sangat setuju. Menguasai bola dan bergerak mencipta gerakan secara berpasukan. Takdelah macam sebelum ni, wisel sepak mula ditiup je terus dah guna taktik sepak lambung dan kejar tu. Kalau dah letih minit ke70 nak main lambung tu kita paham lah.

Alex dah kembali dan menguatkan bahagian kanan serangan Pahang, Matt Davies pun Bagus dalam hal membantu serangan di belakang Alex, cuma kalau boleh janganlan suruh Matt Davies rembat bola. Buruk betul rupanya rembat bolo ke geng sendiri ni. Masa bertahan pun Matt Davies ni kena lebih bijak dalam membaca permainan dan gerakan lawan.

alex

Start separuh masa kedua, bahagian tengah mula hilang penguasaan bola dan Kelantan bermain lebih tersusun. Pahang dipaksa bertahan. Banyak kali diuji, tapi pemain terbaik pilihan koi ialah penjaga gol, Khairul Azhan. Dia bermain macam pundek dalam game2 sebelum ni, tapi malam tadi dia cemerlang. Dalam perlawanan kalah mati home away, bekalan utama kita yang paling penting sekali ialah bertandang ke gelanggang lawan dengan rekod takde bolos. Yan jalankan kerja dia dengan baik walaupun berberapa kali terlucut bola, tapi defend cepat kaver.

Dengan variasi serangan yang dah hidup di bahagian kanan, gilap balik rangkaian jentera kiri antara poyeng dan gopi, kesefahaman tinggi pemain tengah membantu Nwekaeme yang sedang top form sekarang ni. Dan pasti Conti boleh jaring lebih dari 1 gol saja macam malam tadi. Sebenarnya Pahang tak perlu risau apa-apa masa turum ke Kota Bharu nanti. Sebaliknya Kelantanlah yang perlu memikirkan bagaimana nak memecahkan benteng Pahang yang akan kembali dikawal kereta kebal Jamaika nanti.

Previu Semi Final Piala FA: Pantai Timur Vs Negeri Selat

 

Piala_FA.transformed_0

Tiada apa yg harus dirahsiakan lagi, kehandalan pasukan Pantai Timur semakin menjadi-jadi dalam kejohanan Piala FA tahun ini. Mereka mengerjakan pasukan-pasukan dari wilayah lain seumpama api marak yang membakar belukar kering.

Trio Pantai Timur bukan saja telah mengkongker slot semi final sebagaimana pasukan-pasukan Sepanyol dan Jerman mengkongker saingan UEFA Champions League, malah kebarangkalian mereka memonopoli pentas perlawanan akhir sesama sendiri juga sangat tinggi.

Semangat This Is Pantai Timur yang diketuai oleh Pahang sebagai pemimpin tertinggi atau boss besar. Sementara dua lagi pasukan iaitu terengganu dan Kelantan memegang peranan sebagai balaci, pastilah bukan saingan yang secocok dengan pasukan negeri-negeri selat seperti Lions twelve. Ini kerana Lions Twelve tu sendiri pasukan bertaraf balaci je. Untunglah mereka mendapat laluan mudah untuk mara jauh kali ini.

Di kalangan pasukan This Is Negeri-negeri Selat, pemimpin besar mereka ialah Melaka, sementara naib timbalannya pula ialah Pulau Pinang. Kedua-dua skuad pembesar dalam sekutu selat itu dah dilaukkan lebih awal oleh pakatan This Is Pantai Timur. Melaka rebah di betis pemain-pemain Terengganu sementara Penang dikerjakan secukup-cukupnya oleh Pahang di peringkat Suku Akhir selepas amaran suruh Penang tarik diri dan kasi Pahang menang percuma tidak diendahkan.

 

[caption id="attachment_759" align="aligncenter" width="271"]Screenshot_2 9 Mei 2015[/caption]

Pahang telah di-designed oleh Zainal Abidin Hassan pada musim ini sebagai sebuah pasukan yg sukar diramal. Ini adalah taktik supaya pihak lawan susah nak baca. Ada aksi mereka jaringkan sedikit gol yg kira cukup-cukup makan, minggu depannya pula mereka meledak 7 gol kendian mereka kembali tak jaringkan gol. Sementara Kelantan pula yang terperosok di tangga-tangga tercorot liga ternyata lebih tak konsisten lagi. Namun pertemuan kali terakhir kedua-dua pasukan di kota bharu menunjukkan zaman The Red Warriors sudah berlalu. Sekarang dah masuk zaman the yellow warriors. Pahang yang bakal turun dalam persalinan emas itu dijangka menang tipis 1 atau 2 gol. Tapi akan membuat kejutan dengan permainan lebih tersusun luar jangkaan semasa perlawanan kedua di kota bharu nanti.

Terengganu adalah sebuah pasukan yg semakin pawer sekarang ni. Pemain Import mereka yg bernama rangel serta kembalinya Matyo memberi satu harapan baru kebangkitan skuad penyu. Maksudnya kebangkitan kalau lawan dengan pasukan lain lah. Kalau bangkit dengan Pahang memang kena pepoh je la. Terus mendap balik gaya baru-baru ni. Tapi kalau setakat lawan dengan Lions Twelve yang masih trauma diaibkan gol kopek Azidan tu rasanya takde masalah. Bermain di atas padang palsu akan beri kelebihan untuk lions, mereka mungkin boleh menang tipis, tapi koi rasa perlawanan tu berkesudahan seri je. Kat Kuala Terengganu nanti memang kena tenggek cukup-cukup la budak-budak lions tu.