Habis tu kenapa ? Fokus Pahang, Fokus !!!

No comments
"Suatu ketika, perlawanan dihentikan, ada pemain yang diusung keluar dan Puyol menjerit-jerit ke arah saya.  Saya katakan kepada dia : "Bertenanglah, kita dah mendahului 4-0, baki masa perlawanan cuma tinggal 3 minit saja lagi,"  Puyol membalas, "Habis tu kenapa? Fokus !"

~ Gerard Pique

 

Screenshot_2

Pahang mungkin takkan mampu membeli pemain pertahanan Barcelona bertaraf bintang seperti Carlos Puyol sampai kiamat.
Tapi Pahang masih mampu terapkan semangat kesukanan seperti beliau. Setidak-tidaknya belajar untuk mencapai tahap itu.

Melepaskan satu gol kepada lawan di lewat waktu kecederaan cuma akan mencacatkan result keputusan kita.
Seperti yg berlaku semasa bertembung dengan LionsXII baru-baru ini. Daripada keputusan menang selesa kita merubahnya menjadi kemenangan tipis.

Memang sakit hati terlepas gol di hujung perlawanan. Kalau tak percaya tanya kepada penjaga gol JDT2 macam mana perasaannya. Kemudian tanya pulak pintu yang terkopak kena tempeleng dak penjaga gol tersebut.
Bolos minit 92 dgn minit 94. perit habaq ang, perit !

image

Bukan rahsia lagi bahawa barisan pertahanan Pahang mudah dibolosi. Lawan pasukan apa pun kita selalu saja ditembusi dgn mudah. Pahang bukan kebal. Cuma kita bernasib baik kerana bahagian serangan kita selalu score lebih banyak daripada yang kita bolos. Ingat sejak zaman kita terperosok di Liga Perdana dan betapa kerapnya kita menang tipis 3-2.

Namun barisan pertahanan Pahang sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa sehingga yang kita mencapai barisan pertahanan bertaraf masterpiece seperti sekarang. Kita tak ragui keupayaan barisan pertahanan yg diturunkan semalam. Yang kita persoalkan kenapa begitu mudahnya pemain pertahanan kita hilang tumpuan di hujung saingan.

Lain kali di hujung perlawanan tolonglah ingatkan pesan Puyol.
Fokus Pahang, Fokus !!!

No comments :

Post a Comment