FAM MESTI ADIL DAN PROFESIONAL!
- Banyak perkara dan peraturan liga perlu diubah FAM dalam menjadikan Liga Super satu liga yang berprestij. Sampai bila FAM mahu digelar bangsat, disindir dan dimaki oleh peminat bola sepak yang mahukan keadilan dan tahap profesional tertinggi.
- Liga-liga terkemuka Eropah dan Asia perlu menjadi rujukan FAM dalam menjadikan Liga Super dan segala pertandingan bola sepak utama di Malaysia seiring perkembangan semasa dan sistematik. Sampai bila mahu diharapkan pasukan sahaja yang mengikuti perkembangan semasa dengan membeli kerusi simpanan yang empuk dan papan iklan elektronik yang boleh mencantikkan pemandangan stadium? FAM perlu bangkit! FAM perlu tegas! FAM perlu bertindak sekarang!
- Oleh itu satu keputusan yang penting perlu diambil bermula hari ini. Satu kenyataan rasmi mesti dimaklumkan kepada seluruh peminat bola sepak tanah air supaya FAM dapat dilihat sebagai satu badan yang cekap, adil dan profesional. Sepatutnya Penasihat FAM yang meletakkan jawatannya tempoh hari telah bercakap isu ini tetapi itulah, Penasihat FAM yang tak berguna itu hanya mampu bertindak meletak jawatan. Baru menjadi Penasihat sudah tidak mampu bersikap adil, apatah lagi jika dilantik sebagai Presiden?
- Seluruh peminat bola sepak di negara mahukan penjelasan dari FAM! Adakah JDT 2 akan dinaikkan ke Liga Super seandainya mereka menjuarai Liga Perdana? Adakah wajar JDT 2 bertanding di Piala FA? Jelaskan, FAM.
- Peminat bola sepak negara sudah muak dengan angka angka pada nama pasukan yang menunjukkan otak yang tidak boleh berfikir kreatif dalam menghasilkan nama sehingga boleh mencetuskan kekeliruan dan keraguan dari segi status sesuatu pasukan itu. Apa lagi pemilik pasukan itu pula individu yang sama. Malah individu yang sama tidak menasihatkan FAM secara adil dalam soal ini.
- Hal ini jika diajukan kepada JDT, peminat bola sepak seluruh negara hanya akan mendapat jawapan yang bongok. Jadi FAM perlu menilai perkara ini dan memberi satu kenyataan muktamad. JDT 2 pasukan simpanan/pasukan kedua kepada JDT atau JDT2 perlu menukar nama.
- Jika JDT 2 adalah pasukan simpanan/pasukan kedua JDT maka FAM perlu menjelaskan sepenuhnya persoalan di perkara 4.
- Peminat bola sepak di seluruh negara tidak mahu peraturan seperti tahun 80an yang mana ketika itu perkara seperti ini tidak menjadi isu. Tapi ini tahun 2015 dan FAM perlu menetapkan garis panduan yang jelas.
- Bagi peminat bola sepak yang berasakan isu ini tidak penting, belajar belajarlah.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment