Game Over ! Insert coins #SavePahang

No comments
 

Terperosok di kedudukan nombor 10 liga bukanlah situasi yang panik bagi pasukan seperti Pahang. Mungkin mereka telah berpuas hati dengan kejayaan tahun semalam dan tahun kelmarin. Membolot piala bukan lagi prioriti tahun ini. Misi kita ialah jangan tersingkir ke Liga Perdana.

Tapi bagi penyokong AC Milan, kedudukan di anak tangga ke10 perlu dikecam keras dan mereka mula menuntut penjelasan mengenai hala tuju dari pihak pengurusan kelab. Bagi membawa suara mereka sampai ke pihak atasan, satu boikot besar-besaran telah dilakukan oleh penyokong sebagai tanda protes. Dan buat pertama kalinya pasukan yang pernah merangkul 7 kali tropi Champions League beraksi dalam stadium yang hampir lengang.  (Kali pertama ! mereka pernah bermain di divisyen 2 dengan penonton maintain 50,000 ke atas)

Ketika jendela perpindahan semakin hampir, desas desus kemasukkan pemain bertaraf bintang mulai kedengaran dari kem pesaingnya yang sangat keparat, iaitu Juventus. Tapi dari kem AC Milan langsung takde cerita apa, khabar angin tentang pemain UAE rambut krinting kembang dan pemain Siam muka jambu cumalah khayalan kosong belaka. Nak kekalkan pemain import sedia ada kononnya.
Hello... nombor 10 tu tak cukup corot ke? Berdayasainglah sikit Milan...

Sudahlah Juventus baru saja menaiktarafkan tempat duduk penontonnya dan papan iklan LED , mereka beli pula kapalterbang yang dipenuhi logo kelab mereka yang hodoh dan tak bermaruah itu untuk selesakan para pemain bintang mereka. Tapi penyokong AC Milan tak peduli langsung dengan kemewahan duniawi yg tak kekal seperti itu, meskipun terpaksa bertenggek atas teres kongkrit, yang penyokong Milan mahukan cumalah kemenangan, beribu-ribu gol dan beribu-ribu piala.
Penyokong juga mahukan pemain baru yang boleh hasilkan gol banyak-banyak serupa mesin.

Beli pemain baru, beli pemain baru, beli pemain baru!!

INSERT COINS sebelum GAME OVER !!

Screenshot_1

No comments :

Post a Comment