Pesta Yang Tertunda

No comments
 

Sudah menjadi tradisi turun temurun bagi pasukan Pahang, setiap kali menjadi juara, piala-piala yang dimenangi itu akan diarak ke setiap daerah-daerah di negeri Pahang.

Ini bertujuan supaya pemain-pemain bolo Pahang dapat berkongsi perasaan eksen bersama-sama penyokong mereka. Dan para penyokong itu pula akan menunjuk eksen kepada para penyokong pasukan-pasukan kecundang dan penyokong-penyokong kecewa.

Hubungan chemistry antara pemain dan penyokong Pahang saling menunjuk eksen ini adalah satu isyarat betapa bertuahnya lahir di negeri yang bolosepaknya pawer seperti Pahang.

Sejak dahulukala, di petandingan bolasepak zaman pendekar, pasukan Pahang Inderapura ketika itu telah seringkali menggondol Piala Kerajaan Negeri-Negeri Melayu  yang sangat berprestij pada ketika itu. Setiap kali menang, para pemain akan diusung atas belakang gajah dan diarak ke seluruh daerah di negeri Pahang. Kadang-kadang berhanyut menaiki rakit ke penempatan pekan-pekan purbakala persisir sungai seperti Chenor, Pulau Tawar, Tembeling. Mereka sering disambut meriah dengan jamuan makan-makan dan di waktu malamnya ada pertunjukkan meriam buluh serta persembahan tarian joget Pahang.

Ketika era  pascamerdeka , tradisi perarakan menyambut juara ini diteruskan setiap kali Pahang berjaya menjulang Piala Malaysia. Kadang-kadang pihak Persatuan Bolasepak Negeri Pahang menyewa lori JKR bagi memunggah player-player sambil diekori jutaan penyokong mereka. Di situlah kita dapat melihat wajah-wajah kepuasan. Seluruh rakyat Pahang berwajah puas kerana mutu bolesepak negeri mereka pawer nak mampess. Makwe-makwe beratur di tepi jalan, mengenyit mata  sambil melambai-lambai ke arah pemain-pemain Pahang.

10428546_410455639141970_4599035321352682690_n

Masih ingatkah tahun lepas?
Skuad Tok Gajah menutup kalender 2014 sebagai pasukan paling unggul setelah membolot tropi Piala Malaysia dan Piala FA. Lebih manis lagi, Piala Sumbangsih yang dimenangi mereka pada perlawanan pembukaan Liga Super menentang Lions XII turut sama menjadikan koleksi piala kita berlapis-lapis macam mangkuk tingkat. Waktu itu poket Pahang FA bukannya penuh dengan duit, tapi penuh dengan piala.

unnamed

Tapi sayang seribu kali sayang, Bah Kuning yang melanda wilayah Pantai timur telah turut sama melanda negeri Pahang. Secara tak langsung, ia turut merencatkan siri jelajah Piala treble SkuadTok Gajah bersama rakyat. Saat bahagia yang sepatutnya diraikan itu disentap oleh bencana alam. Tapi rakyat Pahang redha dengan ketentuan Ilahi...

Di luar jendela sebuah sekolah penempatan mangsa banjir, kelihatan seorang komrad EA membuang pandangan kosong dengan wajah hiba, di tangannya ada suar yang telah basah terendam air. Jiwanya terguris sebab upacara perarakkan Piala Malaysia tergendala tahun ini. Begitu juga nasib dua orang sahabat di kantin sekolah yang seharian diam seribu bahasa, sepeket kuaci yang terlantar di antara mereka haram tak disentuh, mereka hilang selera makan kuaci mengenangkan pembatalan perarakkan tersebut. Telah 3 bulan mereka merancang untuk bergambar dengan piala berkembar tiga, tapi kini semua impian mereka sudah hancur.

Lagu Azie yg berjudul 'pelamin anganku musnah' yg sedang berkumandang di pusat penempatan banjir tersebut sedikitpun tak dapat memulihkan semangat mereka yang telah pudar. Makcik yang memasak gulai sardin di dapur pun tak lagi menunjukkan airmuka yang ceria. Sehinggalah seorang pakcik tua yang bertubuh kurus yang sudah dua hari tidak makan dan minum itu tiba-tiba berdiri sambil menggenggam erat mafla Pahang FA seraya menyanyikan lagu 'Ayuh, ayuh tok gajahku...' dan disambut oleh semua penghuni pusat penempatan banjir tersebut. Mereka bernyanyi bersama-sama sambil berlinangan airmata.

Sedar tak sedar, sesudah bencana banjir berakhir, salah satu Piala dalam Gengaman Pahang iaitu Piala Sumbangsih telah dihanyut air banjir. Katanya hanyut ke Selatan. Maka terlepaslah peluang untuk rakyat Pahang bergambar dengan Piala berkembar 3 utk tahun 2014.

Malam besok, satu lagi Piala dalam koleksi kita bakal terhanyut andai tersilap percaturan. Misi yang amat sukar di Kota Bharu. Semoga barisan pahlawan-pahlawan Pahang akan bermain bersungguh-sungguh demi mempertahankan Piala FA dan sekaligus menggembirakan jutaan penyokong Pahang yang tidak sabar lagi untuk berarak bersama piala berganda-ganda tahun ini..

[caption id="attachment_850" align="aligncenter" width="300"]piala-fa-2015 Piala FA[/caption]

No comments :

Post a Comment