Perginya Faizol Hussien: Kerugian buat Pahang atau kerugian Faizol Hussien?

No comments

Ketika aku sedang memandu 60 km/j ke pejabat aku di tengah kota Lipis, aku teringat pepatah lama Pahang sebelum empayar kegemilangan Melaka (bukan kegemilangan bola sepaknya) yang ada menyebut;



'Heroes come and go but our passion is forever.'

Membaca pepatah itu aku mengangguk kepala perlahan beberapa kali. Tapi bila aku berfikir semula dengan lebih mendalam, aku terasa ada satu perkara yang seluruh penyokong Pahang perlu berpegang teguh. Peganglah ia dan nescaya kamu menjadi penyokong bola sepak yang bertingkat-tingkat lebih tinggi dan berwawasan dari penyokong pasukan lain.


Sebenarnya Pahang tidak perlukan hero.


Pasukan Pahang bukan seperti JDT, Selangor dan lain-lain pasukan yang bangang dan hijau tentang bola sepak. Mereka memerlukan hero untuk menjadi sebuah pasukan yang baik. Untuk memiliki sebanyak mungkin hero, mereka gila mengeluarkan belanja yang besar (atau melanggar peraturan FAM).


Pahang adalah Pahang. Sebuah pasukan yang benar-benar bermain bola sepak dengan setiap pemain memiliki satu passion. Bermain bola sepak yang bagus dan menjadi juara.


Kalau diimbas kembali perjalanan Pahang bermula dari terperosok di Liga Perdana, apa yang kita semua nampak? Adakah kita menggunakan hero sehingga bangkit memenangi Piala Malaysia dua kali berturut-turut? Adakah Shahrizan Salleh di dalam kepalanya asyik berfikir untuk menghantar bola kepada Dickson kerana tidak yakin kebolehan pemain lain?


Pahang bermain sebagai Pahang. Pahang membuat hantaran demi hantaran, mencipta gerakan, sama-sama menyerang, tackle, sama sama turun bertahan dan akhirnya keluar padang sebagai juara. Apa yang Pahang ada untuk dua kejuaraan itu adalah sekumpulan pemain bola sepak biasa-biasa yang bermain bola sepak sebenar.


Tidak hairanlah Pahang sebagai Juara Piala Malaysia dua kali berturut-turut hanya menyumbang seorang pemain dalam kesebelasan utama Malaysia.


Jadi dalam soal perginya Faizol Hussien, adakah Pahang rugi?


Jawapannya tidak. Pahang masih bermain seperti Pahang walau siapa pun pemainnya.


Adakah Faizol Hussien rugi?


Jawapannya mungkin. Sebab dia tidak akan dapat lagi menikmati bola sepak sebenar dalam kariernya.


Kalau begitu siapa yang untung?


Jika Faizol menyatakan atas alasan keluarga maka dia berpindah, ia adalah satu perkara yang tak munasabah dalam bola sepak lebih-lebih lagi di Malaysia yang kecil ini. Apa yang boleh aku katakan Faizol akan beruntung jika dia cintakan wang ringgit.



Tapi ada satu jalan untuk Faizol menikmati bola sepak selepas perpindahannya ini dan membawa kembali Johor seperti di era kegemilangan awal 90an dahulu. Apa jalannya?

 

Dia kembali ke Johor dengan membawa falsafah bola sepak Pahang ke dalam pasukan itu.


Akhir kata, selamat tinggal rembatan Mubin Mokhtar.



Nota Bolo:




  1. Ketika Conti mula-mula sampai ke Pahang, dia menjaringkan gol yang menakjubkan. Perlawanan selepas itu pemain Pahang menjadi hilang akal asyik membuat hantaran jauh mencari Conti kononnya mengharapkan dia boleh melakukan sesuatu. Itu satu keadaan yang mencemaskan aku dan membuat aku terfikir adakah bola sepak sebenar Pahang akan musnah? Namun akhirnya pemain Pahang pulang ke pangkal jalan dengan falsafah bola sepak mereka.

  2. Azidan menjaringkan gol dalam perlawanan persahabatan Pahang semalam.

  3. Selama Faizol di Pahang hingga ke hari ini, aku masih tak tahu yang mana satu ejaan namanya yang betul. Faizol Hussin, Faizol Husin, Faizol Hussien atau Faizol Hussain? 

No comments :

Post a Comment