Falsafah Bolo Sepok Tempoyang lawan Falsafah Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara

No comments

"Kalau bermain bolo sekadar bermain bolo, babi di hutan juga bermain bolo. Kalau melatih bolo sekadar melatih bolo, kera juga melatih bolo." - HAMKi



Bas Pahang Lin Siong jam 10.30 pagi bergerak tenang meninggalkan bumi Kuala Lipis. Penyaman udara bas pula mengeluarkan angin yang sedap dan berhawa Cameron Highlands. Kedudukan aku dalam bas ialah nombor 14. Mengikut kepercayaan masyarakat dalam kerajaan Srivijaya, nombor 14 adalah nombor yang bertuah. Aku tenang menyandar pada kerusi sambil melayan CD lagu Melayu yang dipasang dalam bas. Semua lagu rock Melayu versi lama-lama. Paling power ada lagu kumpulan Raihan, mujurlah pada zaman kebangkitan muzik nasyid sekitar tahun 1998 aku dengan tenang mengorat seorang makwe dari Persatuan Mahasiswa Islam UPM sehingga aku menjadi urusetia dalam satu konsert nasyid yang dianjurkan oleh persatuan tersebut.


Tiba-tiba dalam keadaan yang penuh romantik dan penuh angan-angan tadi fikiran aku mencari satu persoalan tentang;


"Ke mana arah nasyid Malaysia pada hari ini?"


"Tiadakah pelan pembangunan nasyid?"


"Adakah para belia dan beliawanis akan menjadi rosak jika tiada pelan pembangunan nasyid?"


"Siapa akan mewakili Malaysia dalam Piala Dunia Nasyid nanti?"


Lantas dengan tenang, aku membuka telefon aku dan maka aku terjumpalah satu buku online yang bertajuk "Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara Fasa 1: 2014- 2020. Aku membacanya dengan perasaan yang biasa-biasa kerana aku telah membacanya secara bersungguh pada tahun lepas di pejabat. Sebenarnya tujuan kali kedua aku membacanya ialah bertujuan mencari salah dan silap dalam pelan pembangunan ini namun dalam keadaan bas yang dibawa laju dan pemandunya tidak menggunakan brek semasa mengambil selekoh maka secara tidak langsung aku bersetuju dengan Pelan Pembangunan ini.


Kenapa?


Pertama kerana ada semacam satu FALSAFAH yang bagus dalam pelan ini. Sesuatu perkara yang dimulakan dengan perkataan Falsafah merupakan satu perkara yang mempunyai satu KEBENARAN dalam akhirannya. Paling benar Pelan ini dimulakan dengan sejarah program pembangunan bola sepak yang pernah kerajaan lakukan seperti Program Tunas Cemerlang, Program Sukan teras dan Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah.


Kedua kerana aku melihat ini satu perkara yang serius yang diambil oleh kerajaan sehinggakan wujudnya Jawatankuasa Pembangunan Bolasepak Negara yang di sertai oleh KBS, KPM, MSN, FAM, Media, Pihak swasta dan pengiat sukan bola sepak. Ini kerja serius dan bukan main-main. Bola sepak ini kekadang aku fikir letaknya antara 10 benda teratas sekali dalam fikiran kerajaan.


Dan yang ketiganya mungkin setelah meneliti 4 teras strategik dalam PPBN ini yang melibatkan individu pemain, individu jurulatih, kemudahan infra dan juga struktur pertandingan di pelbagai peringkat aku fikir PPBN ini seharusnya dihormati dan di-support secara tenang. Apa yang aku fahami DNA PPBN ini menekan kepada corak menyerang, permainan pantas dengan tempo tinggi dan memerlukan pemain-pemain mempunyai kemahiran individu yang tinggi.


Jika benar dan jika KEBENARAN itu ada di hujung terowong yang kita lalui ini maka aku yakin matlamat dan objektif PPBN ini akan tercapai tetapi kita perlu bersabar kerana ia merupakan satu pelan jangka panjang (6 tahun) dan liku-liku perjalanan haruslah ditempuh dengan sabar. Mungkin benar kata-kata KJ bahawa PPBN ini tidak memerlukan jurulatih yang 'old school.' Pada pandangan aku kita perlukan jurulatih yang penyabar, ada ilmu psikologi kanak-kanak / remaja dan tak maki pemain dengan kata-kata kesat. Mungkin kita perlukan satu set jurulatih yang benar-benar memahami FALSAFAH PPBN ini.


Walaupun falsafah bolo sepok Tempoyang iaitu bermain bola secara rileks dengan semangat "deme serang kita bertahan, kita serang, kita serang rileks rileks" dan "hak main bodo kene kutuk, hak main sedap kita puji dalam kutuk" itu amat berlawanan dengan falsafah PPBN ini. Tapi secara jujurnya aku menyokong Pelan ini demi bolo sepok Malaysia yang aku cintai.


Paling power, Bas Pahang Lin Siong yang gerak pukul 10.30 pagi tadi sampai Stesen Bas Pekeliling cun-cun pukul 1 petang. Pawer nok mampes bas ni!!!


 

No comments :

Post a Comment