William Shakespeare - Bapak Mengelecek Bolosepok Dunia

No comments

"My Own Mind" - The Pilgrims DC / Hijrah


Mungkin korang tertanya-tanya kenapa aku mulakan dengan ayat "MY OWN MIND" sebagai pembuka bicara pada hari ini. Di manakah kata-kata mukadimah yang memberi semangat kepada korang semua agak-agaknya ye. Sebenarnya The Pilgrims DC atau Hijrah merupakan sebuah band punk rock yang berasal dari Pahang dan semua harus tahu bahawa kebanyakan bende yang power berasal dari Pahang. Sebab power, kita cool.


Kalau korang nak tahu bila aku menjejak umur 15 tahun tumbesaran minda bawah sedar aku berada dalam keadaan kekuatan yang agak biasa-biasa. Menjelang umur 16 tahun atau 17 tak silap aku, aku mendengar lagu daripada kumpulan The Pilgrims yang bertajuk My Own Mind dan tobat aku tak tahu yang lirik lagu ini adalah kata-kata dari William Shakespeare. Lirik dia berbunyi seperti di bawah,


"O that this too too sullied flesh would melt
Thaw, and resolved itself into a sew
Or that the everlasting had not fixed
His canon 'gainst self slaughter
Dead, God,
How weary, stale, flat, and unprofitable
Seem to me all the uses of this world!
Fie or 't, all fie, 'tis an unneeded garden
that grows to seed"
(Hamlet, Act I, Scene II)


Lepas tu menjerit MY OWN MIND sampai mati.


Persoalannya apa kaitan Shakespeare dengan bolosepok. Di sini izinkan aku mencuri kata-kata Shakespeare dan kaitkan dengan bolosepok.


"For you and I are past our dancing days"  Romeo and Juliet (Act I, Scene V)


Nampak tak perkataan PAST dan DANCING kat atas? Walaupun PAST tu bermaksud masa lepas dan DANCING bermaksud menari  tapi inilah kelebihan Shakespeare. PAST yang dimaksudkan oleh Shakespeare ialah pass bola dan DANCING itu membawa maksud mengelecek bola. Maknaya disini Shakespeare telah meramalkan bahawa bolasepok yang dimainkan secara pass bola dan lepas tu mengelecek merupakan satu taktikal yang baik. Kita lihat Brazil dengan permainan sambanya. Mengelecek bola atau dancing ini merupakan sesuatu perkara yang wajib ada bagi pemain bola. Pemain bola ibarat penari apabila membawa bola dan seboleh-bolehnya geleceklah 2-3 orang pemain lawan sebagai satu bentuk hiburan kepada para penyokong bola.


Shakespeare, aok ni orang Pahang ke?

No comments :

Post a Comment