Previu: Pahang VS Selangor

No comments
selenggor

 

 

Pertembungan Unik dengan dua misi yang berbeza. Pahang akan turun ke gelanggang dengan misi menghapuskan badi, sementara Selangor pula turun untuk teruskan misi 33 tahun tanpa genggam  piala. Masuk tahun ni baru tahun ke-4. Ada lagi 29 tahun lagi untuk mereka kekalkan prestasi sekarang.


Pihak Selangor awal-awal lagi cuba lancarkan serangan psychology dengan mengatakan Andik cedera dan Red Giant mungkin turunkan skuad tempang berdepan salah sebuah pasukan terbaik di kancah Liga malaysia iaitu Pahang. Sebenornya kalau coach dia tak cakap pun semua orang dah tahu Pahang memang terbaik. Koi syak dia cuba ampu FAM nak jadi anak angkat lah tu. Keji betul perangai dia.


Pihak pahang pula, entah apa yang Zainal duk merepek kat suratkabo, koi pun tahu. Kononnya kekalahan Pahang perlawanan pertama hari tu sebab gagal saingi lawan semasa sepakan sudut. Entahlah, rasa koi semua orang nampok betapa longgarnya bahagian tengah tok Gajah dalam perlawanan tu. Pihak lawan senang-senang je buat serangan dari depan, dari kiri, dari kanan. Sebab serangan bertubi-tubi tulah jenuh menangkis sampai tertepis bolo terpelanting keluor dan mengakibatkan pasukan lawan dapat sepakan sudut.


Menyentuh hal badi tak pernah menang pula, koi yakin Pahang akan tamatkan badi tu dalam perlawanan 14 Februari ni. Pahang pasti menang sebab menurut pemerhatian koi, skuad Selangor tahun ni adalah skuad paling lemah dalam sejarah mereka sepanjang 20 tahun terakhir ni. Tak tahu lah nok kata apa kalau tak boleh menang.


Dah lah yang paling lemah, diorang nak hantar skuad tempang pulok tu. Kalau tak boleh menang juga, kena pakat suruh selangor hantor skuad kudung pulok lah next meeting.


Diharap Pahang segera dapatkan balik sentuhan juara biorpun tanpa kelibat Alex.


IN TRUST WE PAHANG !!!

No comments :

Post a Comment