Atmosfera Darul Makmur

No comments

Semalam koi ke Stadium Darul makmur dengan perangai luarbiasa. Koi beli tiket grand stand. Bukan apa, koi risau Pahang tak cukup dana nak beli pemain-pemain baru. Maklumlah zaman sekarang harga barang semua naik. Kenaikkan tu termasuk juga harga pemain bolosepok. Jadi sebagai seorang penyokong bolo yg konsisten, koi kena bantu pasukan koi dalam bentuk kewangan. Beli tiket mahal ni adalah salah satu dari caranya.


Sebenornya koi ke perlawanan live ni bukan nak tengok sangat Pahang lawan Selangor, tapi koi datang sebab nok tengok ultras je. Kalau setakat nak tengok skill Pahang main bolo, baik nengok di rumoh je. Dalam tibi pun ada. Tapi dalam tibi takde tunjuk ultras sangat. Koi takut terlepas chant terbaru diorang, dan koi paling takut terlepas time ultras bentang tifo gergasi sambil buat ombak-ombak pada tifo tu. Koi rasa tenang setiap kali tengok aksi gitu.


Sepanjang perlawanan ni mata koi tak berkelip memfokus ke bahagian curva. Secara jujurnya, perlawanan bolo atas padang tu koi ibaratkan macam acara selingan je. Ibarat sessi lawak jenaka dalam program Hiburan Minggu Ini.


10984850_10152955175683891_1886171564_n


Koi ambik seat belakang tempat duduk pemain simpanan Selangor. Lepas acara nyanyi lagu negeri dan lagu negaraku, ada juga diminta para penyokong ke dua-dua pasukan untuk menyedekahkan Al Fatihah di atas kepemergian seorang tokoh agama terkemuka tanahair iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan kepemergian seorang pengacara sukan yang tak asing bagi kita semua iaitu Hasbullah Awang. Semoga kedua-dua tokoh ini akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang mulia disisi Allah.


Tapi koi agak sangsi sikit bila Elephant Army tak chant bila perlawanan dah start. Padahal masa bertafakur cuma seminit je. Jam bebudak EA rosak ke? Takkan seramai itu semua jam rosak? Ke diorang tak dengar masa jurucakap stadium umumkan tadi?


Koi mula rasa tak sedap hati bila Ultrasel dah start chant lagu inilah barisan kita. Dengan kibaran panji-panji merah kuning pelbagai corak pulak tu. Koi dapat rasakan betapa ruginya koi beli tiket kali ini bila Ultras Selangor dah selesai 4 jenis chant tapi Ultras Pahang haram tak buat apa, senyap je membisu. Rasa nak tuntut balik duit kat kaunter pun ada.


Tak semena-mena ada segerombolan lain dari kalangan penyokong Pahang yang duduk berdekatan dengan tempat penyokong Selangor tampil buat chant sendiri ' Malaysia till i die, Malaysia till i die'. Cilake, ni puak yang koya nak jadi ultras la ni tapi tak pakai uniform kena halau dari curva agaknya. Tapi itupun cuma sekejap je. Lepas tu diorang senyap dan tengok bola serupa orang biasa. Sedang Ultras Selangor dah makin menggila dengan ketukan gendang gergasi yang bertubi-tubi. Nun jauh di seberang sana ultras Pahang terus membisu tanpa suara


Disebabkan ultras tak beraksi, koi pun perati la acara selingan. Acara menghambat bola tengah padang. Macam biasa dua-dua pasukan main serupa ayam main. Para penonton pulak macam tuan reban yang tunggu ayam peliharaannya bertelur. Takde seni langsung. Sebab tu koi malas nok fokus pada game.


Perlawanan semakin bosan itu akhirnya kembali ceria bila pihak Ultras Elephant Army pun bangun dan memberikan chant-chant yang mantap dan bertenaga sampai ke penghujung perlawanan. Bila perlawanan selesai, ultras pun belanja sikit aksi membakar suar yang memang kami nanti-nantikan sejak awal lagi. Memang puas hatilah aksi mereka kali ni. Kami pun rasa gembira  dan pulang ke rumah masing-masing.


Begitulah serba sedikit reviu koi pasal aksi ultras Pahang bertemu ultras Selangor. Sehingga bertemu lagi di lain kali dan koi akan terus membawakan ulasan-ulasan mengenai aksi ultras yang lebih suspen dan lebih mendebarkan di minggu-minggu yang akan datang.

No comments :

Post a Comment