Piala Sumbangsih a.k.a Piala Sultan Bolo

No comments
cropped-PS20151.jpg

Menjelang perlawanan Piala Sumbangsih 2015 antara Pahang melawan JDT ni nampoknya takdelah sehangat mana.Tak ramai orang sibuk-sibuk berebut tiket macam perlawanan kalah mati Piala Malaysia atau Piala FA.


Di Pahang memang pandang biasa-biasa je. Tak tau lah kat Johor sana situasinya macam mana - ada sambutan bunga api atau perarakan raksasa ke meraikan JDT layak ke perlawanan Piala Sumbangsih. Maklumlah, orang Johor berpeluang melihat pasukan dukungan mereka memenangi piala ini kali kedua selepas 29 tahun. Pandir apa untuk piala picisan gitu pun gersang sedemikian lama.


Sebelum musim 2015 bermula, TMJ dah tetapkan target nak beri tumpuan menang piala liga saja, piala lain taknak. Kalau dapat kira bonus kalau tak dapat pun tak apa. Itu termasuk Piala Sumbangsih. Memang pelik betul citarasa dia.


Lain pula di Pahang, Zainal dah letak sasaran nak bawa cabaran Pahang ke perlawanan akhir piala AFC. Kat situ saja dah nampak di sebelah pihak Pahang memang genius.


Bukan apa, kalau piala-piala tempatan semuanya Pahang dah jenuh pegang. Dari trophy berprestij macam Piala Malaysia sampailah ke Piala Milo, Piala Megi, Piala Cikedes. Cakap je piala apa. Semua dah menang acapkali. Memang genius lah kalau target piala yang tak pernah pegang lagi. Ambik saja contoh Piala Sumbangsih ni. Pahang adalah negeri kedua paling banyak menang selepas Selangor. Kat situ dah nampak alasan kenapa Pahang tak teruja nak menang.


Selain tu, rata-rata orang Pahang dah sedia tahu Piala Sumbangsih tu cuma nama timangan saja. Nama penuhnya Piala Sumbangsih Sultan Ahmad Shah. Atau nama lainnya Piala Sultan Bola.


Jadi buat apa nak rebut bermati-matian kalau siapa yang menang pun nama Piala tu kekal ada nama Pahang.


Lainlah kalau JDT menang nama piala tu akan ditukor jadi nama Piala TMJ. Kalau gitu baru penyokong Pahang akan turun ke Larkin dengan semangat bagaikan api marak membakar belukar kering.

No comments :

Post a Comment