Matematik dan Kedudukan Penyokong Bola dalam Stadium.
"Bola yang bulat-sfera dimainkan dalam padang yang berpenjuru empat segi tepat melahirkan individu yang mempunyai sahsiah yang hebat." - HAMKi
Bola tiada penghujung kerana bola itu bulat atau sfera. Mencari hujungnya bola seolah-olah mencari suatu bintang yang nun jauh di sana di alam cakerawala yang maha gelap dan maha luas. Tapi kebijaksanaan manusia untuk mencari hujungnya bola ini di selesaikan dengan dimainnya bola ini dalam satu kawasan yang bersegi empat tepat.
Geometri Euclid merupakan satu sistem matematik yang menegaskan bahawa segi empat tepat ialah segi empat yang dua pasang sisi bertentangan yang masing-masing sama panjang dan empat sudut yang kesemuanya adalah sudut tegak. Sisinya yang terpanjang dikenali sebagai panjang (p) dan yang terpendek dikenali sebagai lebar (I).
Perkaitan antara sfera dan segi empat tepat ini sebenarnya mewujudkan konflik kerana sfera itu sendiri ditakrifkan sebagai sfera (nyahketaburan). Seperti yang kita ketahui sfera merupakan objek yang dikatakan bulat yang dikatakan satu objek yang sempurna kerana semua titik pada permukaan berada pada jarak yang sama dari titik pusat.
Di manakah kedudukan sempurna anda sebagai penyokong bola? Kenapa Ultras Malaya selalu memilih kedudukan mereka di belakang gol? Kenapa dikatakan kedudukan sempurna seorang penyokong bola adalah berhampiran dengan titik tengah sebuah segi empat tepat? Kenapa harga tiket bola makin murah bila kita berada di kedudukan tinggi dalam sebuah stadium? Kenapa kedudukan di penjuru iaitu penemuan antara sisi segiempat tepat melahirkan pemandangan yang agak celaka? Kenapa stadium diciptakan secara bertingkat? Paling celaka kenapa istilah "masuk stadium lewat tempat tengok bola kita macam celaka" wujud dalam keadaan Wawasan 2020 lagi 5 tahun ini?
Persoalan-persoalan ini sebenarnya merupakan persoalan falsafah dan tiada kaitan dengan Akta Pembangunan Sukan 1997. Kenapa harus kita libatkan wawasan 2020, Pelan Pembangunan Bolasepak atau Akta Pembangunan Sukan 1997 apabila menonton bola sepak? Percayalah, Kegagalan anda memahami falsafah segi empat tepat akan menyebabkan kekeliruan anda dalam memahami bola (sfera yang penuh kabur itu).
Awasi kedudukan anda dalam stadium atau lepak tengok bola depan tivi sahaja!
Notabola : HAMKi bukan Mat Tiara.
No comments :
Post a Comment